Majlis perkahwinan berlangsung meriah dengan hantaran mewah. – TikTok

Ratusan pengiring bawa hantaran, mas kahwin hampir setengah juta

Ratusan pengiring bawa hantaran, mas kahwin hampir setengah juta
Majlis perkahwinan berlangsung meriah dengan hantaran mewah. – TikTok

AKARTA – Sepasang pengantin baharu di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan menjadi perhatian pengguna media sosial kerana menampilkan beratus-ratus pengiring yang membawa dulang hantaran di samping mas kahwin berupa barangan kemas bernilai 2 bilion rupiah (RM494,000), lapor portal berita Wolipop semalam.

Dalam video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, majlis perkahwinan tersebut dilihat berlangsung meriah ketika anggota pengiring memasuki dewan.

Mereka memakai pelbagai jenis baju mengikut adat tempatan di samping pengantin yang diiring di bawah payung emas berbentuk segi empat.

Menurut Marsyita Azzahra yang memuat naik video tersebut, majlis itu diadakan di sebuah hotel pada 12 Oktober lalu.

Katanya, pengantin lelaki yang bernama Afdal, ialah anak kepada pemilik sebuah syarikat jentera berat yang digelar ‘orang kaya Kolaka’.

“Ketika akad nikah pada waktu pagi, pengantin lelaki menyerahkan perhiasan emas lengkap bernilai 2 bilion rupiah sebagai mas kahwin,” kata Marsyita.

Video itu menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial.

“Kalau zaman dahulu, bukan sembarang orang boleh menggunakan payung segi empat begitu. Mereka perlu benar-benar memiliki darah keturunan bangsawan Bugis,” kata seorang pengguna media sosial.

“Hebat suku kaum Makassar,” kata netizen lain. – AGENSI

Ratusan pengiring bawa hantaran, mas kahwin hampir setengah juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker