Lelaki dihukum penjara 3 tahun cederakan kekasih kakak dengan parang

Lelaki dihukum penjara 3 tahun cederakan kekasih kakak dengan parang

 

SEREMBAN: Seorang pengusaha kedai gunting rambut dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap teman lelaki kakaknya dengan menggunakan parang pada 2021.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, S Kokulan, 41, selepas mengambil kira hujahan pemberatan dan peringanan daripada kedua-dua pihak pendakwaan serta pembelaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan terhadap mangsa berusia 35 tahun ketika itu, di hadapan kedainya sekitar jam 10.58 malam 17 Disember 2021.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah dengan senjata berbahaya yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Sambil memaklumkan bahawa anak guamnya juga sudah insaf, beliau berkata, isteri tertuduh tidak bekerja dan mereka mempunyai dua anak berusia 11 serta sembilan tahun yang masih belajar.

Justeru, katanya, mahkamah dimohon mengenakan hukuman berbentuk bon berkelakuan baik berdasarkan fakta kes bahawa mangsa yang datang ke kedai tertuduh dan didakwa mencetuskan pergaduhan.

“Mangsa adalah teman lelaki kakaknya, dan tertuduh sudah berulang kali menasihati kakaknya mengenai hubungan mereka tetapi tidak diendahkan,” katanya.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khairiah Abdul Razak, memohon satu hukuman berbentuk literal dengan mengambil kira tertuduh tidak mengaku salah pada peringkat awal.

Beliau berkata, hukuman penjara yang setimpal wajar diberikan berkadaran dengan kesalahan tertuduh menyebabkan mangsa parah dengan menggunakan senjata parang sehingga mengalami kecacatan kekal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Pihak pembelaan kemudian memohon penangguhan hukuman penjara dan memaklumkan notis rayuan akan difailkan di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Mahkamah kemudian membenarkan penangguhan hukuman dan ikat jamin tertuduh dinaikkan daripada RM7,000 kepada RM15,000.

Lelaki dihukum penjara 3 tahun cederakan kekasih kakak dengan parang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker