Insiden bot karam: Satu lagi mayat ditemui di perairan Langkawi

Insiden bot karam: Satu lagi mayat ditemui di perairan Langkawi

Insiden bot karam: Satu lagi mayat ditemui di perairan Langkawi
Mayat lelaki dewasa ditemui terdampar di Pulau Beras Basah. – Foto ihsan Maritim Malaysia

LANGKAWI: Satu lagi mayat mangsa bot karam di perairan Malaysia-Thailand ditemui terdampar di Pulau Beras Basah, di sini, petang tadi.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata mayat lelaki dewasa itu ditemui jam 4.31 petang ketika operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) dilakukan pada hari kelima hari ini.

Beliau berkata, ia menjadikan dua mayat ditemui hari ini termasuk mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui jam 9.39 pagi tadi, kira-kira 5.8 batu nautika dari Pulau Cupu.

“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Langkawi menerima aduan orang awam memaklumkan penemuan satu mayat lelaki dewasa terdampar di Pulau Beras Basah pada jam 4.31 petang hari ini.

“Susulan laporan itu, sebuah bot Rigid Inflatable Boat (RIB) milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) diatur gerak ke lokasi bagi mengambil mayat itu sebelum dibawa ke Jeti Maritim Malaysia untuk diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Romli berkata, sehingga jam 6 petang tadi, jumlah keseluruhan penemuan mangsa adalah seramai 42 orang terdiri daripada 14 mangsa yang ditemui selamat iaitu 12 lelaki dan dua wanita, manakala 28 mangsa disahkan maut.

Beliau berkata, mangsa yang ditemui maut membabitkan 14 lelaki, sembilan wanita, dua kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian ini diminta untuk menyalurkannya kepada MRSC Langkawi di talian 04-966 2750 atau talian kecemasan 999 bagi membantu operasi yang sedang dijalankan,” katanya.

Insiden bot karam: Satu lagi mayat ditemui di perairan Langkawi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker