Farahdhiya Kekal Tradisional

Pilih Lelaki Memulakan Langkah Walaupun Zaman Media Sosial

Farahdhiya Kekal Tradisional

Farahdhiya Kekal Tradisional

Penyanyi dan pelakon jelita, Farahdhiya mengakui masih berpegang pada cara tradisional dalam soal mencari pasangan hidup, apabila lebih selesa menunggu lelaki memulakan langkah pertama berbanding dirinya yang mendekati. Bagi pemilik nama penuh Nur Farahdhiya Mohd Amin, 41, meskipun zaman kini memperlihatkan ramai individu menggunakan platform media sosial untuk mencari jodoh, dia masih kekal dengan pendekatan lama yang dianggap lebih beradab dan sopan.

Farahdhiya Kekal Tradisional

Dalam satu hantaran di aplikasi Threads, Farahdhiya berkongsi pandangannya mengenai trend ramai yang kini ‘mengiklankan’ diri di media sosial untuk mencari pasangan.

“Saya tidak mengikuti sesiapa dalam Threads tetapi menerima mesej daripada individu. Hari ini nampak ramai pula yang mencari jodoh untuk diri sendiri. Sebenarnya idea yang bagus walaupun macam pelik jugalah,” tulisnya.

Menurut penyanyi lagu Bertakhta Di Hati itu, dia tidak menolak perkembangan zaman dan menganggap usaha mencari jodoh secara terbuka di media sosial adalah sesuatu yang baik, namun dirinya masih lebih percaya kepada cara lama.

“Mungkin sebab saya adalah individu yang masih terikat cara lama. Saya mahu lelaki memulakan langkah pertama terhadap saya dahulu walaupun ramai kata zaman sekarang sudah lain,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Farahdhiya turut mengakui bahawa walaupun dunia moden semakin terbuka, dia masih selesa mengekalkan prinsip sendiri.

Farahdhiya Kekal Tradisional

“Tetapi tidak mengapa, saya masih selesa dengan ikut cara lama. Bercakap tentang itu, saya rindu pula zaman bercinta dulu-dulu, lain betul dengan sekarang. Orang sekarang pelik. Perkara yang mereka bicara dan lakukan buat saya takut,” katanya lagi tanpa memperincikan perkara yang dimaksudkan.

Sebelum ini, Farahdhiya pernah meluahkan kebimbangan untuk mendirikan rumah tangga kerana sering membaca kisah keganasan rumah tangga yang menimpa wanita lain. Tambahnya, antara sebab dia berhati-hati dalam soal perkahwinan adalah kerana 90 peratus lelaki yang cuba mendekatinya berstatus suami orang sesuatu yang membuatkan dirinya lebih rela menunggu jodoh yang benar-benar ikhlas daripada tergesa-gesa memilih pasangan hanya kerana usia atau tekanan masyarakat.

 

Farahdhiya Kekal Tradisional

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker