Ederson akui tidak bahagia di City

Ederson akui tidak bahagia di City

Ederson akui tidak bahagia di City
EDERSON kini beraksi bersama Fenerbahce. -FOTO Reuters

Manchester: Penjaga gol Brazil, Ederson, mengakui dia meninggalkan Manchester City musim panas ini kerana mahu mencari cabaran baharu, selepas sebelum ini pernah berusaha untuk meninggalkan Etihad Stadium.

Pemain berusia 32 tahun itu mengakhiri lapan tahun sebagai penjaga gol nombor satu City dengan perpindahan bernilai £12 juta (RM72 juta) ke Fenerbahce pada musim panas lalu, dengan City melabur £26 juta (RM156 juta) bagi mendapatkan Gianluigi Donnarumma sebagai penggantinya.

Ederson, yang membuat 372 penampilan bersama City, mengambil keputusan meninggalkan kelab itu sendiri dan menyalahkan prestasi tidak menentu musim lalu selepas gagal untuk berpindah setahun sebelumnya.

“Pada musim sebelumnya, saya sudah cuba untuk pergi, tetapi ia tidak menjadi. Saya rasa itu sedikit sebanyak mempengaruhi prestasi saya sepanjang musim. Saya mengalami lima kecederaan dan tidak berada pada tahap terbaik.

“Saya memerlukan perubahan ini. Tiada gunanya berada di kelab gergasi dan berjaya jika anda tidak gembira. Itu akan terus menjejaskan saya dengan cara yang sama,” katanya.

Kehebatan kaki Ederson merevolusikan posisi penjaga gol di Liga Perdana Inggeris, walaupun kedudukannya di Etihad semakin tidak menentu dalam beberapa musim kebelakangan, dengan Stefan Ortega kadang-kadang mengambil tempatnya musim lalu.

Kelab juga membayar £27 juta (RM162 juta) untuk mendapatkan semula James Trafford pada Julai lalu, dengan harapan penjaga gol England itu bersaing dengan Ederson untuk posisi utama, namun Ederson jelas menunjukkan keinginannya untuk meninggalkan City.

Ketibaan Donnarumma pada hari terakhir perpindahan menjadikan pemain Itali itu segera menjadi pilihan utama, menimbulkan tanda tanya mengenai masa depan Trafford.

“Semua kitaran akan berakhir, pemain datang dan pergi, tetapi kelab sentiasa kekal.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


“Saya mempunyai lapan tahun yang hebat memakai jersi City dan memenangi 18 kejuaraan, tetapi saya memerlukan perubahan dan suasana baharu,” kata Ederson.

Ederson akui tidak bahagia di City

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker