Dua rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, Thailand
Dua rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, Thailand

KOTA BHARU: Dua lelaki warga Malaysia ditahan pihak berkuasa Thailand dalam dua operasi berasingan di pekan Sungai Golok minggu lalu atas kesalahan berkaitan dadah dan imigresen.
Komander Polis Narathiwat, Mejar Jeneral Prayong Kotsakha berkata, suspek pertama, ditahan oleh pasukan polis Sungai Golok pada 6 November lalu.
“Lelaki Malaysia berusia 53 tahun itu ditahan di Soi 3, Jalan Chonthara Khet, pekan Sungai Golok, kira-kira jam 3 petang waktu Thailand.
“Polis Thailand turut merampas 0.13 gram heroin daripada suspek, yang turut disahkan positif dadah jenis methamphetamine dan morfin,” katanya ketika dihubungi malam ini.
Menurut Prayong, suspek akan didakwa atas beberapa pertuduhan iaitu memiliki dadah Kategori 1 (heroin) untuk kegunaan sendiri tanpa kebenaran undang-undang, menggunakan dadah Kategori 1 dan 2 (methamphetamine dan morfin) tanpa kebenaran, serta menunggang motosikal di bawah pengaruh dadah Kategori 1.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Dalam kes berasingan, beliau berkata, Polis Rondaan Sempadan Sungai Golok menahan seorang lagi lelaki Malaysia, pada 7 November lalu.
“Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sebuah rumah di pekan Sungai Golok kira-kira jam 5.40 petang (waktu Thailand).
“Suspek akan didakwa kerana memasuki dan tinggal di Thailand tanpa kebenaran,” tambahnya.
Kedua-dua suspek kini ditahan di Balai Polis Sungai Golok untuk siasatan lanjut dan tindakan undang-undang seterusnya.
Dua rakyat Malaysia ditahan di Sungai Golok, Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.