Bukan kontena kapal MSC Kyparissia terbakar di Tanjung Pelepas – JBPM
Bukan kontena kapal MSC Kyparissia terbakar di Tanjung Pelepas – JBPM

JOHOR BAHRU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor hari ini menjelaskan kapal yang terbabit dalam insiden kebakaran kontena di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) baru-baru ini bukanlah MSC Kyparissia seperti dilaporkan sebelum ini.
Sebaliknya, JBPM Johor memaklumkan kapal berkenaan ialah Maersk-chartered vessel MV Kyparissia.
“Segala maklumat lain dalam kenyataan terdahulu kekal tidak berubah, termasuk fakta operasi, masa kejadian, jumlah mangsa, serta tindakan penyelamatan dan pemadaman yang dilaksanakan.
“JBPM Negeri Johor memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan ketepatan maklumat rasmi,” kata kenyataan itu, hari ini.
Tiga pekerja kapal maut
Terdahulu, dalam kejadian pada 7 November lalu, tiga pekerja kapal maut manakala tiga lagi cedera selepas berlaku kebakaran pada sebuah kontena atas kapal yang berlabuh di PTP.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri, Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.23 tengah hari sebelum tiba di lokasi kejadian kira-kira 17 minit kemudian.
“Siasatan mendapati kebakaran berlaku ketika kerja-kerja pemunggahan kontena dijalankan di bahagian bawah geladak (under hatch) Blok 5.
“Kejadian membabitkan enam mangsa iaitu tiga disahkan maut dan tiga lagi cedera iaitu seorang lelaki Malaysia berusia 26 tahun serta dua warga Filipina berusia lingkungan 40-an,” katanya.
Bukan kontena kapal MSC Kyparissia terbakar di Tanjung Pelepas – JBPM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.