10 tahun kenali lebih 300 lelaki, wanita belum temui calon suami

10 tahun kenali lebih 300 lelaki, wanita belum temui calon suami

10 tahun kenali lebih 300 lelaki, wanita belum temui calon suami
WANITA ini masih belum menemui jejaka yang layak dijadikan suami. – X

TOKYO – Seorang wanita di Jepun mendedahkan bahawa dia keluar bertemu janji dengan lebih 300 lelaki dalam tempoh 10 tahun sebagai usahanya untuk mencari calon suami ideal, lapor portal berita Must Share News kelmarin.

Wanita yang hanya dikenali dengan nama pengguna @healthy359 pada aplikasi X itu berkata, dia memulakan misi mencari calon suami sejak berusia 22 tahun.

Selepas mengenali ramai lelaki sepanjang tempoh tersebut, gadis itu membuat keputusan bahawa dia mahukan suami kacak yang menerima gaji sekurang-kurangnya 10 juta yen (RM270,000) setahun.

Menurut @healthy359, dia pada awalnya hanya mahu berkenalan dengan lelaki untuk dijadikan rakan sembang.

Bagaimanapun hari demi hari, harapannya semakin meningkat, di mana dia mula mendaftar pada beberapa aplikasi ‘dating’ selain agensi mencari jodoh.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Tambah @healthy359, dia beberapa kali pernah ditipu lelaki mengenai pendapatan mereka, malah ada penganggur yang mengaku menerima gaji lumayan.

Menurut gadis itu, dia mengakui sukar untuk menemui lelaki yang ikhlas untuk menjadi suami kerana ramai jejaka menghilangkan diri selepas dia mengajukan soalan mengenai perkahwinan.

Sehingga kini, @healthy359 masih belum menemui jejaka idamannya, namun dia berkata, mengenali ramai lelaki membawa pengalaman baharu kepadanya.

“Jika saya hanya bekerja, ada cerita yang tidak akan saya dengar dan dunia yang tidak akan saya ketahui,” katanya. – AGENSI

10 tahun kenali lebih 300 lelaki, wanita belum temui calon suami

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker