Tiada yang sedar pemandu kereta api tertidur
Tiada yang sedar pemandu kereta api tertidur

WASHINGTON – Satu rakaman video menunjukkan sebuah kereta api di California, Amerika Syarikat (AS) bergerak dalam keadaan tidak terkawal ketika pemandunya tertidur akibat keletihan, lapor portal berita MailOnline semalam.
Kejadian berlaku pada 24 September lalu apabila seorang pemandu Agensi Pengangkutan Perbandaran San Francisco (SFMTA) didakwa tertidur semasa memandu kereta api yang sarat penumpang melalui Terowong Sunset di bandar tersebut.
Rakaman video pengawasan memaparkan kepala pemandu wanita itu tertunduk kira-kira satu minit setengah selepas perjalanan bermula sambil matanya sesekali berkedip ketika dia berusaha untuk kekal berjaga.
Dia sesekali dilihat duduk tegak dan memandang sekeliling sebelum tunduk semula, dengan matanya hampir tertutup.
Beberapa saat kemudian, kereta api itu meluncur laju sehingga kira-kira 80 kilometer sejam ketika melintasi terowong, dengan penumpang sama sekali tidak menyedari apa yang sedang berlaku di tempat duduk pemandu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Apabila tren itu keluar dari terowong, ia tersentak dengan kuat, menyebabkan penumpang saling berlanggar di dalam gerabak.
Pemandu itu akhirnya tersedar dan berjaya mengawal semula tren serta sempat mengelak daripada berlanggar dengan sebuah kenderaan.
Pihak SFMTA kemudian mengesahkan bahawa punca insiden itu adalah keletihan, manakala pekerja tersebut diletakkan dalam status tidak memandu buat sementara waktu. – AGENSI
Tiada yang sedar pemandu kereta api tertidur
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.