Ribut geomagnet kuat diramal ganggu isyarat telefon bimbit
Ribut geomagnet kuat diramal ganggu isyarat telefon bimbit

WASHINGTON – Bumi diramal dilanda gelombang kuat zarah bercas daripada Matahari bermula hari ini, lapor portal berita MailOnline.
Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran bahawa aktiviti suria yang bakal tiba boleh mencetuskan ribut geomagnet yang teruk. Ia dijangka mencapai tahap G4 pada skala Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) di AS.
Tahap G4 adalah kategori kedua tertinggi yang berpotensi menyebabkan gangguan besar terhadap teknologi, manakala amaran itu turut menyatakan kemungkinan tahap gangguan boleh menjadi lebih tinggi.
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa AS (SWPC) berkata, sesetengah sistem grid elektrik mungkin terhenti buat sementara waktu.
Kapal angkasa boleh mengalami peningkatan seretan atau pengecasan pada permukaannya, manakala isyarat radio frekuensi tinggi mungkin terganggu atau terputus selama beberapa jam.
Rangkaian telefon mudah alih juga boleh terjejas akibat ribut itu kerana aktiviti suria boleh mengganggu isyarat satelit dan menjejaskan masa Sistem Kedudukan Sejagat (GPS).
Ia boleh menyebabkan perkhidmatan menjadi perlahan, panggilan terputus atau kehilangan liputan sementara di sesetengah kawasan.
Kesan paling kuat dijangka berlaku di latitud tinggi, termasuk sebahagian besar Kanada, Alaska, Eropah Utara, rantau Scandinavia dan sebahagian Russia.
Namun, gangguan satelit dan bekalan elektrik juga boleh merebak hingga ke kawasan latitud sederhana seperti utara AS dan Eropah Tengah. – AGENSI
Ribut geomagnet kuat diramal ganggu isyarat telefon bimbit
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.