Pengantin terkejut, MUA disangka wanita rupanya lelaki

Pengantin terkejut, MUA disangka wanita rupanya lelaki

Pengantin terkejut, MUA disangka wanita rupanya lelaki
Gambar menunjukkan jurusolek yang menyamar sebagai wanita. – TikTok

JAKARTA – Seorang jurusolek (MUA) di Lombok, wilayah Nusa Tenggara Barat menerima kecaman orang ramai kerana menyamar sebagai wanita biarpun jantinanya adalah lelaki, lapor portal berita Lambe Turah.

Penipuan itu terbongkar selepas beberapa imej menunjukkan jurusolek dikenali sebagai Dea itu berambut panjang dan memakai solekan serta bulu mata tebal.

Difahamkan, nama sebenar MUA itu adalah Denny.

Seorang wanita yang pernah mengupah Denny pada majlis perkahwinannya berasa kecewa selepas mendapat tahu bahawa dia adalah seorang lelaki.

“Pada awalnya saya terpegun dengan kecantikannya. Saya bahkan membiarkan Denny untuk memakaikan saya baju pengantin.

“Saya memang mencari MUA wanita untuk mengelak bersentuhan dengan bukan mahram, rupa-rupanya ditipu,” tulis wanita itu.

Perkara ini telah dilaporkan kepada Majlis Ulama Indonesia Pusat untuk tindakan lanjut. – AGENSI

Pengantin terkejut, MUA disangka wanita rupanya lelaki


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker