Buah kelapa punca tiang elektrik tumbang
Buah kelapa punca tiang elektrik tumbang

JAKARTA – Seorang penduduk sebuah kampung di Sambas, wilayah Kalimantan Barat terkejut apabila menemui buah kelapa di dalam konkrit yang menyokong tiang elektrik, lapor laman berita Detik.
Penemuan itu dibuat di Kampung Sarang Burung Usrat semalam.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @sambasinformasiofficial menunjukkan beberapa biji kelapa tua dan sabut di dalam konkrit yang separa hancur.
Perakam dikenali sebagai Fahri berkata, tiang elektrik itu mula senget meskipun ia baru dipasang beberapa hari lalu.
“Ini mencerminkan kegiatan rasuah. Mentang-mentang tiang itu dipasang di hujung kampung dan bukan jalan utama, mereka meletakkan sabut kelapa di dalamnya.
“Disebabkan campuran simen yang tidak betul, tiang itu bertahan selama beberapa hari sebelum patah,” kata Fahri.
Rakaman itu mencatatkan lebih 154,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial.
“Sanggup gantikan batu dengan kelapa demi mahu untung,” kata seorang netizen. – AGENSI
Buah kelapa punca tiang elektrik tumbang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.