Zarina Anjoulie Pertahan Ameera Khan, Sindir Netizen Suka Doa Buruk
“Jangan Kacau ‘Baby’ Saya!”
Zarina Anjoulie Pertahan Ameera Khan, Sindir Netizen Suka Doa Buruk

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie tampil menegur tindakan segelintir netizen yang didakwa gemar mendoakan perkara buruk terhadap pempengaruh terkenal, Ameera Khan, susulan khabar angin kononnya dia sudah berpisah dengan pelakon Indonesia, Jefri Nichol. Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkata, beliau kecewa melihat sikap segelintir individu yang seolah-olah berseronok apabila melihat kejatuhan orang lain, tanpa memikirkan perasaan mereka yang sedang melalui detik sukar.

“Anda mungkin tahu saya peminat Ameera. Tapi saya dengar rumor kata dia dah berpisah dengan teman lelakinya, dan semua orang mula bercakap ‘padan muka!’ sambil ketawa, seolah-olah tunggu masa nak gelakkan orang. Janganlah berlagak seperti kamu semua tak pernah rasa sedih bila berpisah. Kamu semua pun pernah bercakap tentang lelaki, bukan?” katanya dalam satu hantaran video di Instagram.
Menurut pelakon drama Curang Tanpa Niat itu, budaya netizen Malaysia yang gemar mentertawakan dan mendoakan keburukan terhadap orang lain menunjukkan kurangnya rasa empati dalam masyarakat.
“Itulah masalah dengan segelintir netizen Malaysia, suka berdoa atau bergembira atas kesedihan orang lain. Sebab apa? Sebab tiada kerja lebih baik nak dibuat,” katanya dengan nada sinis.
Anju turut meminta agar netizen berhenti bercakap buruk tentang Ameera dan Jefri, sebaliknya mendoakan yang baik buat pasangan itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini

“Tolonglah, jangan kacau ‘baby’ saya. Saya suka dia, dia sangat comel. Kalau betul ada hati yang baik, doakan saja yang baik-baik untuk mereka,” ujarnya.
Spekulasi mengenai perpisahan Ameera dan Jefri mula menjadi bualan hangat selepas kedua-duanya dilihat memadam gambar bersama di Instagram dan tidak lagi saling mengikuti antara satu sama lain. Pasangan ini sebelum ini sering muncul bersama di acara fesyen berprestij dalam dan luar negara sejak hubungan mereka mula dihidu pada akhir 2023.
Dalam masa sama, Zarina yang juga seorang ibu tunggal kepada dua anak turut menegur perbuatan sesetengah wanita yang meninggalkan komen keterlaluan terhadap lelaki lain di media sosial meskipun sudah bersuami.
“Saya tengok ramai perempuan komen ‘eh, dia lelaki idaman’, ‘kalaulah saya dapat awak’, tapi dalam gambar profil ada foto kahwin dengan suami masing-masing. Tak malu ke?” katanya tegas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyokong pandangan Zarina dan berpendapat tegurannya sangat tepat pada masanya. Ramai mengakui bosan dengan sikap segelintir netizen yang gemar menjatuhkan orang lain semata-mata untuk hiburan.

“Bab ini saya setuju. Jangan sibuk nak doakan benda tak elok kepada orang lain. Kalau tak suka, pergi jauh-jauh,” tulis seorang pengguna, manakala yang lain memuji keberanian Zarina bersuara mempertahankan individu yang sering menjadi mangsa kritikan dalam talian.
Zarina Anjoulie Pertahan Ameera Khan, Sindir Netizen Suka Doa Buruk
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.