Tang Jie–Ee Wei diberi misi wajib emas di Sukan Sea Thailand
Tang Jie–Ee Wei diberi misi wajib emas di Sukan Sea Thailand

Kuala Lumpur: Misi wajib ’emas’ diberikan kepada juara dunia 2025, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk muncul juara di Sukan Sea Thailand yang akan bermula bulan depan.
Ketua jurulatih beregu campuran kebangsaan, Nova Widianto berkata, jika berdasarkan prestasi semasa, beregu keempat dunia itu sepatutnya boleh menepati sasaran yang diletakkan ke atas mereka.
Namun, pengendali dari Indonesia itu tetap berwaspada dengan gandingan utama tuan rumah, Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran yang dilihat bakal menjadi penghalang serta lawan yang sukar nanti.
“Sasarannya sangat jelas, kita mesti pergi untuk (menang) emas. Tapi ia, pasti akan ada lawan yang sukar terutama Thailand memang kuat dengan kehadiran Dechapol-Supissara dalam pasukan mereka, tetapi kita perlu yakin bahawa kita boleh menang,” katanya.
Selain itu, Nova juga berharap Tang Jie-Ee Wei boleh memberi fokus sepenuhnya terhadap temasya dwitahunan itu dan tidak berlaku sebarang perkara tidak diingini seperti kecederaan sama ada sebelum atau semasa pertandingan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Di peringkat dunia, mereka sudah menewaskan banyak pasangan terbaik, jadi di Sukan Sea mereka harus mensasarkan pencapaian tertinggi.
“Tapi itu bergantung cara mengekalkan fokus dan mengelak daripada sebarang kecederaan yang tidak perlu. Jika mereka mampu beraksi pada tahap sebenar, saya yakin emas berada dalam tangan.
“Saya optimis kerana mereka ada pengalaman dan keinginan untuk mencipta kejayaan. Kini, yang penting adalah kekal cergas dan mencapai prestasi kemuncak pada masa yang tepat,” katanya.
Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas beregu campuran adalah Sukan Sea 2021 di Hanoi menerusi gandingan Tang Jie-Peck Yen Wei dan Nova berhasrat untuk melihat Tang Jie-Ee Wei mengulangi kejayaan itu.
Untuk makluman, tahap kecergasan Tang Jie semakin pulih dan pasangan negara itu dijangka akan menyertai Terbuka Australia (18–23 November) sebagai persiapan terakhir sebelum Sukan Sea yang akan berlangsung dari 9 hingga 20 Disember.
Tang Jie–Ee Wei diberi misi wajib emas di Sukan Sea Thailand
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.