Seleweng RM1.5 Juta: Bekas penolong pengurus besar dipenjara setahun
Seleweng RM1.5 Juta: Bekas penolong pengurus besar dipenjara setahun

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara satu tahun terhadap seorang bekas penolong pengurus besar sebuah syarikat telekomunikasi kerana menyeleweng harta syarikat bernilai lebih RM1.5 juta.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Azman Abdullah dan bersama Hakim Datuk Azmi Ariffin serta Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid, menjatuhkan hukuman itu selepas membenarkan sebahagian rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Shamsul Bahri Musa daripada pertuduhan itu.
Dalam penghakimannya, Hakim Azman memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan bahawa lelaki itu melakukan kesalahan menyeleweng harta syarikat dan bukannya pengkhianatan amanah jenayah (CBT).
Mahkamah itu membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum ini yang melepas dan membebaskan Shamsul Bahri daripada empat pertuduhan CBT dan sebaliknya menjatuhkan sabitan di bawah pertuduhan penyelewengan harta.
Hakim Azman menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan pertama, lapan bulan bagi pertuduhan kedua, 12 bulan bagi pertuduhan ketiga dan sembilan bulan bagi pertuduhan keempat, yang semuanya akan dijalankan serentak bermula hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Ini bermakna Shamsul Bahri, 56, akan dipenjara satu tahun dan lelaki itu tidak dikenakan hukuman sebatan kerana telah berusia lebih 50 tahun.
Shamsul Bahri yang pada ketika itu penolong pengurus besar operasi kewangan, didapati menyeleweng RM53,124.25 milik Telekom Sales & Services Sdn Bhd pada 28 Disember 2007.
Beliau juga disabitkan bagi pertuduhan kedua iaitu menyeleweng RM254,992.62; pertuduhan ketiga (RM1,040,119.38) dan pertuduhan keempat (RM176,901.25).
Kesemua kesalahan itu dilakukan di Menara Mutiara Bangsar, Jalan Liku, Off Jalan Riong, Kuala Lumpur, antara Januari 2007 dan September 2010.
Sebelum ini, Mahkamah Sesyen mensabitkan Shamsul Bahri atas pertuduhan CBT dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun. Mahkamah Tinggi kemudiannya melepas dan membebaskannya daripada semua pertuduhan pada Mac tahun lepas, mendorong pihak pendakwaan untuk membuat rayuan.
Shamsul Bahri diwakili peguam Datuk Hasnal Rezua Merican, manakala Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob mewakili pendakwaan. – BERNAMA
Seleweng RM1.5 Juta: Bekas penolong pengurus besar dipenjara setahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
You must be logged in to post a comment.