Saintis temui lebah betina miliki dua tanduk

Saintis temui lebah betina miliki dua tanduk

Saintis temui lebah betina miliki dua tanduk
LEBAH betina yang yang mempunyai dua tanduk. – Foto Dr. Kit Prendergast/Universiti Curtin

SYDNEY – Sekumpulan saintis yang melakukan tinjauan terhadap sejenis bunga liar terancam di Australia secara tidak sengaja menemui spesies lebah betina baharu yang mempunyai dua tanduk kecil seperti syaitan, lapor portal berita Independent hari ini.

Lebah tersebut diberi nama spesies Megachile Lucifer dan ditemui di kawasan Goldfields, Australia Barat. Penemuan berlaku ketika mereka mengkaji bunga liar yang amat terancam.

Mereka berkata, rupa muka lebah betina yang bertanduk itu yang mengilhamkan nama Lucifer yang bermaksud syaitan.

Ini kerana lebah tersebut memiliki penampilan seperti syaitan.

“Lebah betina ini mempunyai tanduk kecil yang luar biasa pada wajah. Semasa saya menulis penerangan spesies baharu ini, saya sedang menonton rancangan Netflix (berjudul) Lucifer, dan nama itu memang sesuai.

“Saya juga peminat besar watak Lucifer dalam siri tersebut, jadi ia memang pilihan yang tepat,” kata seorang ahli ekologi lebah, Dr. Kit Prendergast dari Universiti Curtin yang juga pengarang kajian itu dalam Journal of Hymenoptera Research. – AGENSI

Saintis temui lebah betina miliki dua tanduk

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker