Ramai kesian tapi takut lihat ular sawa ‘berselubung’ plastik

Ramai kesian tapi takut lihat ular sawa ‘berselubung’ plastik

Ramai kesian tapi takut lihat ular sawa ‘berselubung’ plastik
Ular sawa menjalar dengan laju di atas jalan seolah-olah cuba melepaskan diri daripada plastik. – Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan seekor ular sawa menjalar di atas jalan raya yang sesak, dengan keadaanya kepalanya ditutup dengan plastik, lapor laman berita Detik hari ini.

Kejadian berlaku di kawasan Jatipadang arah Pasar Minggu, Jakart Selatan Jumaat lalu.

Dalam video tersebut, ular sawa batik itu dilihat menjalar dengan laju sambil sesekali ia menggerakkan kepalanya yang ditutup dengan plastik.

Tidak jelas bagaimana plastik itu menutup kepala reptilia tersebut atau arah ia datang.

Seorang lelaki dikenali sebagai Ami berkata, ketika kejadian, dia menggunakan jalan tersebut untuk menghindari kesesakan lalu lintas di laluan lain.

“Niat asal mahu menghindari kesesakan, namun terkandas dalam kesesakan lain akibat ular di tengah jalan,” katanya yang merakam video tersebut.

Tambah Ami, kenderaan yang lalu-lalang cuba mengelak daripada melanggar ular tersebut, malah ada yang memberhentikan kenderaan kerana takut.

“Mujur ular itu kemudian bergerak ke tepi jalan. Ramai pemandu memberhentikan kenderaan mereka kerana takut, namun kasihan,” katanya. – AGENSI

 

Ramai kesian tapi takut lihat ular sawa ‘berselubung’ plastik


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker