Lima beregu negara mara ke pusingan kedua Masters Kumamoto
Lima beregu negara mara ke pusingan kedua Masters Kumamoto

Kuala Lumpur: Beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bermula cemerlang di Masters Kumamoto apabila mara ke pusingan kedua selepas menewaskan beregu Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Kim Dong Ju, 21-17, 21-13.
Dalam aksi di Gimnasium Wilayah Kumamoto sebentar tadi, beregu yang menghuni ranking ketujuh dunia itu mempamerkan prestasi konsisten untuk menghidupkan peluang memburu tiket ke Jelajah Dunia Akhir BWF (WTF) 2025 di Hangzhou, China, dari 17 hingga 21 Disember depan.
Kemenangan itu memberi suntikan semangat buat Sze Fei-Izzuddin yang kini bersaing rapat dengan gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun untuk merebut satu lagi slot ke kejohanan elit itu.
Aksi mereka turut menunjukkan peningkatan berbanding beberapa kejohanan terdahulu apabila tersingkir di peringkat awal, sekali gus menandakan kebangkitan semula rentak permainan yang lebih meyakinkan di penghujung musim.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Bagi Sze Fei-Izzuddin, peluang untuk layak ke Hangzhou masih terbuka sekiranya mereka mampu mencipta kejutan muncul juara di Masters Kumamoto serta Terbuka Australia yang akan berlangsung minggu depan.
Juara Terbuka India itu perlu mengekalkan momentum kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan dalam kelompok lapan terbaik dunia menjelang penutup musim.
Turut melangkah ke pusingan kedua ialah Yap Roy King-Arif Junaidi yang tidak berdepan masalah menundukkan beregu Taiwan, Chang Ko Chi-Po Li Wei, 21-19, 21-12.
Pasangan berpengalaman, Ong Yew Sin-Toe Ee Yi turut mara selepas menewaskan satu lagi gandingan Taiwan, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh, 21-18, 21-18.
Sementara itu, gandingan senior Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong menempah tempat ke pusingan seterusnya apabila menundukkan Lai Po Yu-Tsai Fu Cheng, 21-16, 21-14.
Dalam acara beregu wanita, pasangan muda Ong Xin Yee-Carmen Ting turut mencuri tumpuan apabila mengatasi beregu Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu, 22-20, 18-21, 21-10.
Lima beregu negara mara ke pusingan kedua Masters Kumamoto
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.