Lelaki putus ibu jari, ibu cedera dalam pergaduhan dengan pembantu rumah
Lelaki putus ibu jari, ibu cedera dalam pergaduhan dengan pembantu rumah

KUANTAN: Dua beranak cedera, termasuk seorang daripadanya putus ibu jari tangan kiri dalam pergaduhan dengan pembantu rumah warga asing yang menggunakan pisau pemotong daging di sebuah rumah dua tingkat di KotaSAS di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah, berkata dua mangsa berkenaan ialah wanita berusia 57 tahun yang juga majikan bersama anak lelakinya berusia 28 tahun.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, ketika kejadian, wanita itu yang berada di dalam bilik tidur di tingkat atas rumah terdengar jeritan anak lelakinya di tingkat bawah rumah kira-kira jam 8.30 pagi.
“Ketika turun tangga, mangsa mendapati anaknya sedang bergelut dengan pembantu rumah di ruang tamu rumah dan terus ke arah suspek untuk meleraikan pergaduhan itu.
“Bagaimanapun, suspek bertindak melibas pisau dan terkena kepala mangsa sebelum berjaya merampas pisau yang digunakan suspek.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Suspek kemudiannya bertindak berlari ke arah dapur dan ingin mengambil pisau lain tetapi dua beranak itu menghalang suspek dan berlaku pergelutan di ruang dapur.
“Ketika berlaku pergelutan, wanita itu bertindak mengambil semua pisau yang ada di ruang dapur dan mencampakkannya di luar melalui tingkap dapur sebelum menghubungi Mers 999 untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, akibat pergaduhan itu, wanita berkenaan mengalami luka di kepala dan ibu jari tangan kiri manakala anak lelakinya putus ibu jari tangan kiri, luka di kepala dan kaki.
Katanya, suspek wanita yang berusia 44 tahun mengalami kesan kelar di pergelangan tangan kiri kerana cubaan membunuh diri.
“Dalam kes ni, kita turut merampas enam bilah pisau dan sebilah gunting.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Siasatan awal mendapati punca pergaduhan dipercayai suspek mengalami tekanan bekerja dengan wanita itu tetapi siasatan lanjut masih diteruskan.
“Difahamkan, suspek ada memaklumkan kepada ejen bahawa berada dalam tekanan kerana tempat kejadian adalah rumah yang besar berbanding rumah wanita itu terdahulu.
“Suspek sudah bekerja selama 10 bulan dan hanya wanita itu dan suspek yang tinggal di rumah itu tetapi ketika kejadian, terdapat tiga individu termasuk anak wanita itu.
“Ketiga-tiga mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini,” katanya.
Ashari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Lelaki putus ibu jari, ibu cedera dalam pergaduhan dengan pembantu rumah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.