Kes pinjam along rekod kerugian hampir RM5 juta tahun ini

Kes pinjam along rekod kerugian hampir RM5 juta tahun ini

Kes pinjam along rekod kerugian hampir RM5 juta tahun ini
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. – Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,452 kes pinjaman wang tanpa lesen atau along dilaporkan di seluruh negara sehingga Oktober tahun ini, dengan kerugian mencecah lebih RM4.89 juta, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 450 kes atau 31 peratus berjaya diselesaikan.

“Menurut rekod polis, sehingga Oktober 2025, jumlah kes pinjaman wang haram yang dilaporkan ialah 1,452 dengan nilai kerugian keseluruhan sebanyak RM4,897,213.54.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 213 kes dituduh di mahkamah, 123 kes diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA), manakala 114 kes masih belum selesai,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Saifuddin berkata, berdasarkan rekod polis, tiada kes pembunuhan berkaitan pemerasan wang dilaporkan dan tiada tangkapan dibuat berkaitan insiden seumpama itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Menjawab soalan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN–Tanah Merah) berhubung cabaran utama kementeriannya dalam menangani peningkatan kes penipuan dalam talian, Saifuddin menjelaskan terdapat enam isu utama yang dihadapi pihak berkuasa.

Beliau berkata, sindiket penipuan dalam talian kini beroperasi dengan kaedah semakin canggih, memanfaatkan kemajuan teknologi untuk memperdaya mangsa.

“Mereka menggunakan teknik seperti peniruan nombor telefon (spoofing), Voice over Internet Protocol (VoIP) dan rangkaian peribadi maya (VPN) bagi menyembunyikan identiti, selain menggunakan platform komunikasi popular seperti Telegram dan WhatsApp, malah mencipta aplikasi palsu untuk menarik mangsa.

“Cabaran turut timbul kerana sindiket ini sering beroperasi merentasi sempadan negara, menyukarkan pengesanan fizikal. Penggunaan akaun berlapis (layered accounts) dalam urusan kewangan juga menjadi strategi licik yang menyukarkan pihak berkuasa menjejaki aliran wang haram,” katanya.

Beliau berkata penggunaan akaun keldai turut menyukarkan pengesanan suspek dan menyembunyikan transaksi kewangan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


“Dalam banyak kes, mangsa dimanipulasi hingga secara tidak sedar menjadi sebahagian daripada rangkaian jenayah. Kelemahan prosedur ‘Know Your Customer’ (KYC) di sesetengah institusi kewangan dan platform e-dagang turut membolehkan sindiket ini beroperasi tanpa dikesan,” jelasnya.

Saifuddin turut menegaskan undang-undang sedia ada seperti Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 perlu disemak dan dikemas kini agar seiring dengan perkembangan pesat teknologi serta skema penipuan moden yang semakin kompleks.

Menurutnya, siasatan dan pendakwaan sering terhalang akibat kesukaran mendapatkan kerjasama serta bukti digital daripada penyedia perkhidmatan luar negara, yang melibatkan isu bidang kuasa asing.

Beliau berkata, pasukan siasatan jenayah siber juga masih memerlukan penambahbaikan dari segi infrastruktur dan kepakaran teknikal.

“Pasukan perlu diperkukuh dalam bidang forensik digital, analisis data besar dan pemantauan siber bagi menyaingi penjenayah siber. Polis juga berdepan kekurangan pegawai berkemahiran tinggi dalam bidang jenayah siber, manakala jumlah kes terus meningkat, menyebabkan beban kerja dan cabaran siasatan bertambah,” katanya.

Dalam masa sama, tahap kesedaran keselamatan siber yang masih rendah dalam kalangan pengguna turut menyumbang kepada peningkatan kes penipuan dalam talian.

“Antaranya termasuk kelewatan membuat laporan polis kerana mangsa hanya tampil selepas urus niaga kewangan selesai atau apabila kerugian besar telah berlaku. Ini menyukarkan pengesanan dan pemulihan wang, kerana sindiket lazimnya memindahkan dana dengan pantas.

“Sebahagian mangsa juga berasa malu atau segan untuk membuat laporan, menyebabkan data jenayah tidak lengkap,” katanya.

Kes pinjam along rekod kerugian hampir RM5 juta tahun ini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker