Insiden bot karam: Remaja etnik Rohingya bertahan 4 hari minum air sungai

Insiden bot karam: Remaja etnik Rohingya bertahan 4 hari minum air sungai

Insiden bot karam: Remaja etnik Rohingya bertahan 4 hari minum air sungai
Mangsa bot karam, Iman Sharif, 18, (kiri), yang ditemui di kawasan pantai pulau peranginan ini hari ini, menjadikan jumlah mangsa yang selamat seramai 14 orang dalam operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) insiden bot karam di perairan sempadan Malaysia–Thailand. – Foto BERNAMA

LANGKAWI: Seorang mangsa bot karam dipercayai etnik Rohingya yang ditemukan selamat dikatakan hanya bertahan dengan meminum air sungai di pantai Tanjung Chincin, di sini selama empat hari sebelum diselamatkan pasukan mencari dan menyelamat hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Iman Sharif dan berusia 18 tahun ditemukan kira-kira 12 tengah hari oleh anggota bomba yang melakukan tinjauan di perairan itu.

Ketika tiba di Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bukit Malut, di sini mangsa kelihatan lemah dan tidak bermaya sebelum diberikan makanan dan minuman oleh pihak berkuasa.

Mangsa yang hanya memahami bahasa Bengali kemudiannya menceritakan mengenai dirinya dan kejadian bot karam itu menerusi panggilan telefon kepada seseorang yang fasih bahasa tersebut.

Katanya, dia bersama 70 pendatang tanpa izin dipindahkan ke sebuah bot dan bergerak ke perairan Malaysia sebelum bot tersebut karam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Menurut Iman, dia tinggal di kem pelarian Rohingya di Bangladesh dan keluarganya berhubung dengan pihak sindiket termasuk pembayaran untuk datang ke Malaysia.

Dia juga tidak tahu jumlah bayaran yang dikenakan tetapi bayaran kepada sindiket hanya akan dibuat sebaik dia tiba di Thailand.

Sementara itu, Ketua Zon 4 (Langkawi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Mohd Zamri Abdul Ghani berkata ketika tiba berhampiran kawasan pantai terbabit, mereka melihat kelibat remaja itu yang hanya memakai seluar melambai ke arah pasukan mencari dan menyelamat.

“Kami tidak dapat mendekati kawasan pantai kerana dasar laut yang cetek dan berbatu, jadi kami bertindak mencampak tali kepada mangsa sebelum menariknya ke arah bot,” katanya. – BERNAMA

 

Insiden bot karam: Remaja etnik Rohingya bertahan 4 hari minum air sungai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker