Ibu maut bawah lori, anak cedera

Ibu maut bawah lori, anak cedera

Ibu maut bawah lori, anak cedera
Zalina maut di bawah lori selepas dilanggar dalam kemalangan petang tadi. Gambar Tular

KLUANG: Seorang wanita maut, manakala anak lelakinya cedera dalam kemalangan membabitkan motosikal dan lori di Kilometer 55.6, Jalan Batu Pahat-Mersing, petang tadi.

Mangsa Zalina Suratman, 59, dilaporkan meninggal dunia di bawah lori dalam nahas jam 3.15 petang.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kejadian berlaku ketika lori dipandu lelaki berusia 42 tahun dalam perjalanan dari Batu 4 menghala ke bandar Kluang.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, sebuah motosikal ditunggang lelaki berusia 32 tahun bersama ibunya dari arah sama dikatakan hilang kawalan sewaktu cuba mencelah antara dua lori.

“Kedua-dua mangsa terjatuh dengan pembonceng (ibunya) jatuh dekat tayar belakang dan dilanggar lori. Mangsa parah di perut dan dada disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan.

“Penunggang motosikal (anaknya) cedera di tangan dan kaki dan menerima rawatan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom manakala pemandu lori tidak cedera.

“Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan.

Bahrin berkata, orang ramai mempunyai sebarang maklumat berkenaan kemalangan ini bolehlah menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222 (hotline) atau 07-7784256 dan 014-365682.

Ibu maut bawah lori, anak cedera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker