Fokus kepada permainan, usah fikir hal luar padang – Pekan
Fokus kepada permainan, usah fikir hal luar padang – Pekan

Kuala Lumpur: Pemain Harimau Malaya perlu memberi fokus sepenuhnya terhadap perlawanan menentang Nepal di Kelayakan Piala Asia 2027, Selasa depan, tanpa memikirkan isu luar padang yang sedang melanda skuad kebangsaan.
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, pemain perlu sedar akan tanggungjawab dan tugas mereka adalah memberikan yang terbaik untuk perlawanan itu dan jangan sesekali memikirkan perkara yang berada di luar kawalan.
“Saya rasa macam inilah, macam mana kita punya perlawanan dengan Laos bulan lepas, fokus dia mesti sama. Pemain kena fokus kepada permainan, jangan fikir hal luar.
“Lagipun pemain ini pun tak terbabit apa-apa dengan isu yang sedang berlaku. Jadi tak usah fikir benda-benda itu, sebab yang penting ialah fokus kepada permainan,” katanya kepada Arena Metro.
Ketika ini, FAM dalam proses untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) selepas Jawatankuasa Rayuan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengekalkan keputusan Jawatankuasa Tatatertib FIFA yang menghukum penggantungan 12 bulan ke atas tujuh pemain serta denda CHF2,000 (sekitar RM10,800) setiap seorang dan CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta) kepada FAM.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Selain itu, Pekan turut menggesa pemain turun dengan penuh semangat kerana keputusan perlawanan menentang Nepal amat penting bagi memberi kesan terhadap peluang Malaysia untuk mara ke Piala Asia 2027.
“Kita pun tak tahu lagi apa hukuman yang akan dikenakan kerana proses masih panjang.
“Mungkin ada keajaiban dan mungkin keputusan berpihak kepada kita nanti.
“Sebab itu saya kata, jangan sampai hilang fokus. Kalau tiba-tiba rayuan kita diterima atau hukuman dikurangkan, sekurang-kurangnya pasukan sudah ada kemenangan dalam tangan,” katanya.
Pada masa sama, Pekan turut mengingatkan pemain supaya tidak terbabit dengan emosi atau tekanan luar, sebaliknya menyerahkan urusan pentadbiran dan rayuan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
“Itu biar pihak FAM uruskan. Pemain tak perlu campur. Jangan sampai terbabit dengan emosi atau fikir benda yang bukan tanggungjawab mereka.
“Kalau diberi peluang bermain, mainlah habis-habisan. Mainlah sepenuh hati. Yang penting, bawa kemenangan kepada Malaysia, tak kira siapa yang diturunkan,” katanya.
Fokus kepada permainan, usah fikir hal luar padang – Pekan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.