Emegha terkejut dipanggil sertai skuad senior Belanda
Emegha terkejut dipanggil sertai skuad senior Belanda

Amsterdam: Penyerang, Emanuel Emegha, mengakui terkejut namun gembira selepas menerima panggilan pertama menyertai skuad senior Belanda bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Poland dan Lithuania minggu ini.
Pengendali Belanda, Ronald Koeman, menyenaraikan pemain Strasbourg itu sebagai pilihan tambahan berikutan keraguan terhadap tahap kecergasan penyerang Ajax, Wout Weghorst, yang masih menunggu keputusan ujian kecergasan sebelum perlawanan di Warsaw.
Pemain berusia 22 tahun itu mendapat ganjaran hasil prestasi cemerlang dalam Ligue 1 Perancis, apabila menjaringkan empat gol dalam lima penampilan, biarpun sempat direhatkan beberapa minggu akibat kecederaan hamstring.
Emegha, yang turut layak mewakili Nigeria menerusi ibunya, akan sah mewakili negara kelahirannya sekiranya turun beraksi menentang Poland pada Jumaat ini.
“Saya tidak menjangkakannya, tapi saya sangat gembira perkara ini berlaku,” katanya kepada saluran rasmi KNVB seperti dilaporkan Soccer News.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Saya tidak gementar, sebaliknya berasa bangga dan bersyukur. Saya akan berikan segala-galanya untuk pasukan.”
Menariknya, Emegha mendedahkan pihak kelab Strasbourg, termasuk doktor pasukan, turut terkejut apabila beliau tidak tersenarai dalam senarai awal skuad Belanda sebelum dipanggil semula kemudian.
“Doktor pasukan tanya saya, ‘Ema, kau perasan tak, nama kau tak dipanggil?’ Saya jawab, ‘Ya, sayang sekali, mungkin peluang saya datang bulan Mac nanti. Tapi saya baru saja jaringkan dua gol, dan saya pasti mereka di Zeist (pusat latihan KNVB) juga tahu.’
“Dia kata, ‘Kau betul, mungkin peluang itu akan datang.’ Dan ternyata betul!” kata Emegha sambil tersenyum.
Selain Emegha, beberapa pemain kelahiran Belanda pernah mewakili Nigeria, antaranya William Troost Ekong dan Tyronne Ebuehi yang beraksi pada Piala Dunia 2018.
Namun, Persatuan Bola Sepak Diraja Belanda (KNVB) sebelum ini berjaya ‘menewaskan’ Nigeria dalam perebutan khidmat penyerang kelahiran Lagos, Arnaut Danjuma, yang kini bersama skuad Oranje.
Emegha terkejut dipanggil sertai skuad senior Belanda
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.