Dua maut disyaki makan umbut rotan beracun
Dua maut disyaki makan umbut rotan beracun

BINTULU: Dua lelaki maut dipercayai selepas makan umbut rotan beracun di Sungai Salik Mayeng Kakus, Tatau, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Tatau, Deputi Superintendan Jame Reis, berkata mangsa berusia 31 dan 58 tahun.
Beliau berkata tiga lagi yang turut memakan umbut rotan atau nama saintifiknya calamus castaneus diberikan rawatan di klinik sebagai pesakit luar, manakala seorang lagi dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.
Katanya, dalam insiden jam 7.30 malam itu, pengadu bersama enam lagi rakan yang ketika itu berada di pondok kebun makan umbut rotan yang dimasak seorang daripada mereka.
Jame berkata, umbut rotan itu diperolehi di kawasan kebun oleh seorang mangsa untuk makan malam.
“Sejam selepas makan, didapati kesemua mereka menunjukkan gejala keracunan dengan mengalami sakit perut dan muntah-muntah,” katanya.
Dengan bantuan penduduk kampung, kesemua mangsa di bawa ke Klinik Kesihatan Tatau untuk mendapatkan rawatan sebelum dua daripada mangsa disahkan meninggal dunia.
Katanya, pemeriksaan fizikal yang dijalankan terhadap dua mangsa juga didapati tiada sebarang kecederaan atau unsur jenayah berlaku.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.
Dua maut disyaki makan umbut rotan beracun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.