Dollah tunggu laporan jurulatih selepas skuad B-16 dibelasah 0-11

Dollah tunggu laporan jurulatih selepas skuad B-16 dibelasah 0-11

Dollah tunggu laporan jurulatih selepas skuad B-16 dibelasah 0-11
PENGURUS skuad B-16 negara, Datuk Dollah Salleh. FOTO ARKIB NSTP

Kuala Lumpur: Pengurus skuad Bawah 16 Tahun (B-16) negara, Datuk Dollah Salleh memilih untuk menunggu laporan penuh terlebih dahulu daripada barisan jurulatih atas kekalahan 0-11 kepada pasukan B-16 Croatia sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi.

Dollah menyedari keputusan dalam aksi persahabatan itu sememangnya mengejutkan banyak pihak, tetapi untuk mengetahui sebab utama perkara itu terjadi, beliau harus mendapatkan maklumat secara terperinci.

“Saya baru bercakap dengan barisan kejurulatihan dan telah meminta laporan penuh mengenai apa yang berlaku dalam kekalahan besar itu.

“Kami hanya boleh memberi komen selepas mengetahui punca sebenar,” katanya.

Namun, bekas pemain kebangsaan itu melihat pasukan B-16 negara mampu bangkit untuk kejohanan akan datang selepas turut beraksi cemerlang sebelum ini dalam pertandingan Siri Belia FIFA di Zurich, Switzerland.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Sebelum ini, pasukan beraksi dalam Siri Belia FIFA di Zurich dan berjaya menamatkan saingan di tempat kelima.

“Ia satu keputusan yang membanggakan memandangkan kami menentang pasukan ternama.

“Saya belum tahu apa yang berlaku di Croatia, tetapi saya yakin pasukan ini mampu bangkit daripada kekalahan itu dan menunjukkan prestasi baik dalam saingan kelayakan Piala Asia nanti,” kata Dollah.

Untuk makluman, skuad kendalian jurulatih dari Sepanyol, Javier Jorda Ribera sedang mempersiapkan pasukan sebagai persediaan menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia B-17 2026 yang akan berlangsung dari 22 hingga 30 November ini.

Pada pusingan kelayakan itu nanti, Malaysia berada dalam Kumpulan C bersama tuan rumah, Vietnam selain Singapura, Hong Kong, Kepulauan Mariana Utara dan Macau.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Mereka akan membuka kempen kelayakan menentang Kepulauan Mariana Utara pada 22 November ini dan hanya tujuh juara kumpulan akan layak ke Piala Asia B-17 2026 yang dijadual berlangsung di Arab Saudi dari 7 hingga 24 Mei tahun depan.

Pencapaian terbaik skuad B-16 negara dalam kejohanan itu ialah mara ke suku akhir edisi 2014 di Thailand di bawah kendalian jurulatih S Balachandran.

Pasukan itu turut layak ke edisi 2016, 2018 dan 2023, namun gagal mara ke kejohanan tahun ini yang turut berlangsung di Arab Saudi.

Dollah tunggu laporan jurulatih selepas skuad B-16 dibelasah 0-11

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker