Djokovic persoal tempoh penggantungan Sinner

Djokovic persoal tempoh penggantungan Sinner

Djokovic persoal tempoh penggantungan Sinner
DJOKOVIC tetap mempersoalkan cara kes itu dikendalikan. FOTO Reuters

London: Bintang tenis dunia, Novak Djokovic, menyifatkan tempoh penggantungan singkat yang dikenakan terhadap pemain Itali, Jannik Sinner, akibat pelanggaran doping sebagai sesuatu yang ‘aneh” dan percaya isu itu akan menjadi ‘awan hitam’ yang menghantui kariernya selama-lamanya.

Sinner, juara empat kali Grand Slam, menjalani penggantungan tiga bulan selepas mencapai penyelesaian dengan Agensi Anti Doping Dunia (WADA) pada Februari lalu, selepas pihak berkuasa menerima penjelasan bahawa bahan anabolik clostebol masuk ke dalam badannya secara tidak sengaja melalui urutan fisioterapis semasa kejohanan Indian Wells pada Mac 2024.

Djokovic menegaskan dia tidak percaya Sinner melakukannya dengan sengaja, namun mempersoalkan kurang kosisten layanan yang diterima pemain itu berbanding atlet lain yang lebih kecil nama.

“Awan itu akan terus mengiringi kariernya sama seperti isu COVID yang akan terus membayangi saya sepanjang karier,” kata Djokovic dalam temu bual bersama Piers Morgan.

“Perkara seperti ini, walaupun lama-kelamaan mungkin pudar, ia tidak akan hilang sepenuhnya. Akan sentiasa ada segelintir pihak yang akan mengungkitnya.”


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Sinner kembali beraksi pada Mei lalu tanpa terlepas sebarang kejohanan Grand Slam, sesuatu yang menimbulkan persoalan besar dalam kalangan pemain dan pemerhati sukan tenis.

Agensi Integriti Tenis Antarabangsa (ITIA) bagaimanapun menegaskan semua kes doping ditangani berdasarkan fakta dan bukti, tanpa mengira nama besar, kewarganegaraan atau ranking pemain.

Namun Djokovic tetap mempersoalkan cara kes itu dikendalikan.

“Ada kekurangan ketelusan, tiada konsistensi… dan agak ‘kebetulan’ pula tempoh penggantungan itu berlaku antara kejohanan Grand Slam, supaya dia tidak terlepas sebarang kejohanan utama. Ia memang pelik,” katanya lagi.

“Saya tak suka cara kes ini diuruskan, dan ramai pemain lain, lelaki mahupun wanita, turut bersuara di media mengatakan perkara yang sama, bahawa wujud layanan istimewa terhadap Sinner.”

Djokovic persoal tempoh penggantungan Sinner

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker