Bella Astillah Akui Bakal Pakai Braces
“Tak Baik Tau Cakap Saya Jongang”
Bella Astillah Akui Bakal Pakai Braces

DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Demi kesihatan mulut, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengambil keputusan untuk memakai pendakap gigi tidak lama lagi. Langkah itu bukan kerana ingin mengubah penampilan, sebaliknya bagi mengatasi masalah ulser yang kerap dihadapinya sejak kebelakangan ini. Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 34, menjelaskan bahawa proses awal sudah dilakukan dan kini dia hanya menunggu giliran untuk pemasangan alat ortodontik tersebut.

“Saya akan buat braces, tahu tak saya dah jumpa doktor. Doktor pun dah hantar simulator,” katanya sambil tersenyum ketika membuat siaran langsung di konti radio Era FM bersama penyampai Nabil Ahmad dan Azad Jasmin.
Dalam sesi tersebut, ibu kepada dua anak itu turut menegaskan bahawa dia tidak berkecil hati dengan komen nakal segelintir netizen yang sering mengusik bentuk giginya. “Tak baik tau cakap saya jongang. Saya okey saja sebenarnya, semua manusia pun tak sempurna,” ujarnya dengan nada tenang.
Menurut Bella, keputusan untuk memakai pendakap gigi bukanlah atas faktor kecantikan seperti yang disangka ramai, tetapi demi keselesaan dan kesihatan dirinya.

“Saya tiada niat nak ubah ciptaan Tuhan. Sebenarnya sebab saya selalu kena ulser dan punca utama adalah daripada gigi saya sendiri,” katanya jujur.
Menariknya, kenyataan Bella itu menerima pelbagai reaksi positif daripada warganet. Ramai yang memuji kejujurannya dan menganggap pelakon berwajah manis itu tetap cantik walau tanpa sebarang perubahan. “Mana ada jongang, ‘shaming’ tak ubah apa pun. Bella tetap cantik,” komen seorang pengguna TikTok.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Sedap je cakap Bella jongang. Nabil, Azad, Radin, marah mereka cepat,” seloroh seorang lagi netizen yang turut mengikuti siaran tersebut.

Sebelum ini, penampilan Bella sering meraih pujian kerana auranya yang lembut dan wajahnya yang tidak pernah menunjukkan sebarang kekurangan. Bahkan ramai tidak menyedari bahawa di sebalik senyuman manisnya itu, tersimpan sedikit masalah pada bahagian giginya yang akhirnya mendorongnya untuk mengambil langkah menjaga kesihatan mulut dengan lebih serius.
Bella Astillah Akui Bakal Pakai Braces
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.