Bekas CEO kelahiran Malaysia dituduh kebas RM2.9 bilion
Bekas CEO kelahiran Malaysia dituduh kebas RM2.9 bilion

WASHINGTON – Seorang pengasas syarikat alat ganti kereta berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Patrick James yang dilahirkan di Malaysia dituduh oleh syarikatnya sendiri menyeleweng wang berjumlah AS$700 juta (RM2.9 bilion), lapor portal berita VnExpress kelmarin.
James yang meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) First Brands bulan lalu dituduh membelanjakan wang tersebut untuk kereta mewah, hartanah dan membayar seorang cef selebriti.
Menurut syarikat tersebut dalam tuntutan mahkamah, dia didakwa mengumpulkan kekayaan untuk diri dan keluarganya dengan menyelewengkan wang syarikat berjumlah berjuta-juta dolar.
Tuntutan itu difailkan di Mahkamah Kebankrapan AS untuk Daerah Selatan Texas.
Syarikat First Brands yang mengeluarkan penapis, brek dan sistem pencahayaan, memfailkan perlindungan kebankrapan pada September lalu selepas pemiutan-pemiutang mula menyiasat ketidakwajaran dalam laporan kewangan syarikat itu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
James membelanjakan wang tersebut untuk membeli 17 kereta ‘eksotik’ di samping rumah mewah di Malibu, Los Angeles County dan Hamptons, New York.
Dia juga membayar bil enam angka untuk seorang cef selebriti dan jurulatih peribadi, demikian menurut dakwaan syarikat itu.
Salah satu tuntutan dalam saman itu ialah James dikatakan mengarahkan First Brands untuk mengumpul wang tunai dengan menjual invois palsu kepada syarikat yang menyediakan pembiayaan segera sebagai pertukaran untuk penerimaan pembayaran.
Syarikat First Brands turut mendakwa bahawa James mencampurkan akaun peribadi dan korporat dan menyelewengkan lebih AS$700 juta daripada perniagaan itu.
Antara dakwaan lain, bekas CEO itu dikatakan menggunakan dana syarikat bagi membayar AS$500,000 (RM2 juta) untuk seorang cef selebriti peribadi pada tahun ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Dia juga dituduh membayar sewa sekurang-kurangnya AS$3 juta (RM12.5 juta) untuk rumah bandar di Bandar Raya New York. – AGENSI
Bekas CEO kelahiran Malaysia dituduh kebas RM2.9 bilion
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.