Warga emas dibaham buaya ketika mandi sungai

Warga emas dibaham buaya ketika mandi sungai

Warga emas dibaham buaya ketika mandi sungai
Lokasi dipercayai seorang warga emas dibaham buaya ketika mandi di Sungai Trusan, Kampung Bakong-Bakong, di Beluran. – Foto ihsan BBP Beluran

BELURAN: Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dipercayai dibaham buaya ketika mandi dalam kejadian di Sungai Trusan, Kampung Bakong-Bakong, di sini, hari ini.

Mangsa, Laipukin Makong, 62, dikatakan ke sungai berhampiran rumahnya kira-kira jam 8 malam semalam untuk mandi, namun tidak pulang ke rumah sehingga pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Edoen Macheal, berkata menyedari kehilangan mangsa, anak saudara mangsa membuat laporan sebelum pasukan bomba pergi ke lokasi itu yang terletak 74 kilometer (km) dari balai.

Katanya, mangsa ditemui oleh penduduk kampung sebelum ketibaan pasukan penyelamat, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.

“Mangsa dipercayai mandi seorang diri di sungai itu. Mangsa ditemui kira-kira 10 meter dari lokasi mangsa dipercayai hilang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dibaham buaya,” katanya ketika dihubungi di sini.

Edoen berkata, operasi ditamatkan pada jam 2 petang tadi selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di lokasi terbabit.

Warga emas dibaham buaya ketika mandi sungai

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker