Polis siasat video tular cuba aibkan anggota URB
Polis siasat video tular cuba aibkan anggota URB

KUALA LUMPUR: Polis menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang pemain bola dari negara jiran yang menuduh anggota polis meminta wang ketika pemeriksaan dijalankan ke atasnya, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pihaknya sudah membuka satu kertas siasatan bagi menjalankan siasatan lanjut ekoran daripada penularan beberapa video berkait perkara itu.
Katanya, video itu membabitkan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang sedang menjalankan tugas rondaan semasa kejadian.
“Hasil siasatan awal mendapati rakaman dibuat semasa pemeriksaan dijalankan oleh anggota URB terhadap sebuah kenderaan. Pemeriksaan dilakukan dengan tertib mengikut peraturan yang ditetapkan.
“Semua individu yang diperiksa dilepaskan selepas pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Wan Azlan berkata, siasatan turut mendapati wujud satu lagi video yang memaparkan ulasan semula kejadian dengan membuat tuduhan mengaibkan terhadap anggota polis berkenaan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian,” katanya.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat kenyataan atau tuduhan melulu yang boleh menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menimbulkan kekeliruan awam.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang menyalahgunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat palsu atau berunsur fitnah terhadap PDRM.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta tampil memberikan kerjasama kepada polis melalui talian 03 7862 7100 (Pusat Kawalan Daerah IPD Subang Jaya) atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Terdahulu, tindakan seorang pemain bola dari negara jiran yang didakwa memburukkan anggota polis ketika menjalankan tugas menerusi satu video di media sosial mencetuskan kemarahan warga maya yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadapnya.
Video tular itu memaparkan pemain kelab bola sepak terkemuka Indonesia berkenaan bersama beberapa individu dalam sebuah kereta ketika ditahan polis selepas dipercayai memandu secara melawan arus.
Anggota polis terbabit kemudian dilihat meminta mereka menunjukkan dokumen pengenalan diri dan pasport, namun kumpulan itu didakwa gagal berbuat demikian sebelum diminta mengemukakan kad pengenalan negara asal.
Anggota polis berkenaan turut menegur supaya membawa pasport ketika berada di negara ini.
Berdasarkan rakaman sama, lelaki berkenaan turut mendakwa anggota polis terbabit menegur mereka supaya tidak memandu melawan arah selain menuduh kononnya anggota polis itu mahu meminta wang.
Polis siasat video tular cuba aibkan anggota URB
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.