Wanita maut, suami dan anak cedera nahas di Lebuh Raya Karak-KL
Wanita maut, suami dan anak cedera nahas di Lebuh Raya Karak-KL

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut, manakala suami dan anak perempuannya cedera apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Kilometer (KM) 44.2 Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur, semalam.
Insiden itu dimaklumkan orang awam kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, pada jam 8.26 pagi.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku ketika kereta dinaiki tiga beranak itu sedang dalam perjalanan dari arah ibu kota menghala ke Kuantan, Pahang.
“Kereta itu dipandu seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun, bersama dua penumpang yang juga isteri dan anak perempuan berusia enam tahun.
“Setiba di lokasi, kereta itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan lalu berpusing dan terbalik di lorong kiri,” katanya dalam satu kenyataan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Zaiham berkata, kemalangan itu menyebabkan penumpang hadapan, Norhanis Ab Manan, 31, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu mengalami kecederaan ringan.
“Anak mangsa yang duduk di bahagian belakang pula luka di kepala dan patah tangan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Justeru, Zaiham berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong melalui talian 09-2222222
Wanita maut, suami dan anak cedera nahas di Lebuh Raya Karak-KL
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.