Penunggang motosikal berdesup lari selepas isi minyak penuh

Penunggang motosikal berdesup lari selepas isi minyak penuh

Penunggang motosikal berdesup lari selepas isi minyak penuh
Tangkap layar video menunjukkan penunggang motosikal jenis Honda itu melarikan diri selepas mengisi petrol. – RCTI Plus

JAKARTA – Seorang penunggang motosikal jenama Honda menerima kecaman orang ramai kerana melarikan diri selepas mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Bogor, wilayah Jawa Barat, lapor portal berita RCTI Plus.

Kejadian berlaku di SBPU Desa Bojong Kulur semalam.

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) stesen menunjukkan lelaki itu berpura-pura meminta resit daripada seorang pekerja selepas tangki motosikalnya diisi petrol.

Semasa pekerja itu sedang mengambil resit, suspek segera menghidupkan motosikal dan melarikan diri.

Pekerja dikenali sebagai Sridia berkata, dia terpaksa menanggung kerugian sebanyak 64,000 rupiah (RM16) akibat kejadian itu.

“Saya cuba mengejar suspek tetapi gagal,” kata Sridia.

Polis melancarkan operasi untuk memburu penunggang motosikal berkenaan. – AGENSI

Penunggang motosikal berdesup lari selepas isi minyak penuh


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker