Pelumba haram dikejar polis rempuh bar, 6 hilang nyawa dan 11 cedera

Pelumba haram dikejar polis rempuh bar, 6 hilang nyawa dan 11 cedera

Kereta milik suspek yang remuk selepas melanggar sebuah bar di Tampa, Florida. - Fox 13
Kereta milik suspek yang remuk selepas melanggar sebuah bar di Tampa, Florida. – Fox 13

TAMPA, FLORIDA – Sekurang-kurangnya empat orang meninggal dunia, manakala 11 lagi cedera apabila kenderaan yang hilang kawalan merempuh sebuah bar di negeri Florida, lapor akhbar The Sun UK.

Kejadian berlaku di bar Bradley, 7th Avenue dalam bandar Tampa semalam.

Pemandu kenderaan yang dikenali sebagai Silas Sampson, 22, didakwa merempuh berpuluh-puluh orang ketika cuba melarikan diri daripada polis kerana kesalahan memandu secara berbahaya.

Polis Tampa berkata, tiga pelanggan ditemui mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke hospital.

“Kira-kira 11 orang cedera, dengan salah seorang daripada mereka kritikal,” kata polis.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Kesemua mangsa merupakan orang dewasa, demikian menurut pihak berkuasa.

Suspek diberkas di tempat kejadian menjelang pukul 1 pagi (waktu tempatan).

“Suspek memandu kenderaan pada kelajuan tinggi sebelum hilang kawalan lalu merempuh lebih 12 orang yang berada di luar bar tersebut,” tambah polis.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian. – AGENSI

Pelumba haram dikejar polis rempuh bar, 6 hilang nyawa dan 11 cedera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker