Lewandowski ledak hatrik
Lewandowski ledak hatrik

Barcelona: Robert Lewandowski meledak hatrik untuk membantu Barcelona menewaskan Celta Vigo 4-2 dalam saingan La Liga, awal pagi tadi sekali gus mengurangkan jurang dengan pendahulu Real Madrid kepada tiga mata.
Penyerang veteran Poland itu menjaringkan tiga gol bagi membantu skuad bimbingan Hansi Flick memanfaatkan keputusan seri 0-0 Real Madrid menentang Rayo Vallecano sebelum itu.
Pemain muda sensasi Lamine Yamal turut menjaringkan gol untuk Barca dalam satu lagi perlawanan mendebarkan hasil corak serangan agresif juara bertahan itu, manakala Marcus Rashford mencipta dua bantuan gol.
Frenkie de Jong dibuang padang lewat permainan selepas menerima dua kad kuning, namun pada ketika itu Barca sudah pun memastikan kemenangan untuk naik ke tangga kedua liga.
Lewandowski sebelum ini berdepan permulaan musim yang perlahan akibat kecederaan, dan Flick berkata hatrik itu akan meningkatkan keyakinannya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Selepas kecederaan itu, saya nampak Robert Lewandowski yang berbeza, dia positif, dia kembali dengan cepat,” kata Flick kepada wartawan. “Bagi dia, untuk keyakinannya, ia sangat baik apabila dapat menjaringkan tiga gol hari ini.”
Lewandowski pula berkata perlawanan itu “antara yang paling gila” musim ini, tetapi dia gembira dengan keputusan.
“Vigo sentiasa sukar buat kami, tetapi kini jurang dengan Real Madrid semakin kecil,” katanya kepada Movistar.
Flick menegaskan Barcelona tidak akan mengubah gaya permainan mereka walaupun berdepan beberapa keputusan hambar baru-baru ini, termasuk seri 3-3 dengan Club Brugge dalam Liga Juara-Juara pada Khamis.
Terdahulu, Real Madrid berputih mata apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang Rayo Vallecano, memberikan peluang kepada Barcelona untuk merapatkan jurang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Rayo beraksi dengan semangat tinggi dalam perlawanan derby itu, dan walaupun Madrid memiliki lebih banyak peluang, tuan rumah juga hampir mencipta kejutan dalam perlawanan yang agak bersepah.
Mereka berjaya menyekat pengaruh penjaring terbanyak La Liga, Kylian Mbappé, selain mengawal rapi Vinícius Júnior dan Jude Bellingham.
Madrid yang sebelum ini tewas kepada Liverpool di Anfield dalam Liga Juara-Juara berharap untuk bangkit, tetapi pasukan kendalian Xabi Alonso itu terpaksa berpuas hati dengan kehilangan mata buat kali kedua musim ini dalam liga.
Lewandowski ledak hatrik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.