Lelaki OKU rentung dalam kebakaran di Rembau

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran di Rembau

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran di Rembau

SEREMBAN: Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori lembam rentung selepas rumah keluarganya musnah dalam kebakaran di Kampung Seberang Batu Hampar, Rembau, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rembau, Penolong Penguasa Bomba Muhamad Khairul Yahaya, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia 25 tahun itu jam 10.57 malam.

“Ketika kejadian, hanya mangsa dan bapanya yang berusia 59 tahun berada di rumah. Berdasarkan maklumat, bapa mangsa ketika itu sedang tidur sebelum terjaga akibat terdengar beberapa letupan kecil dan melihat api bermula dari bilik mangsa.

“Bapa mangsa berjaya menyelamatkan diri ketika api semakin marak, namun cedera ringan dengan melecur di bahagian kepala. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

Lelaki OKU rentung dalam kebakaran di Rembau


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker