Dua gol Bergson beri kelebihan tipis buat JDT

Dua gol Bergson beri kelebihan tipis buat JDT

Dua gol Bergson beri kelebihan tipis buat JDT
BERGSON menjaringkan dua gol ketika JDT menang 2-1 ke atas Kuching City pada aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Negeri, malam ini. FOTO JOHOR SOUTHERN TIGERS

Kuching: Kuching City FC mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA 2025 di Stadium Negeri, Petra Jaya, malam ini.

Tuan rumah hampir membuka tirai jaringan seawal minit ke-31 apabila Daniel Asri berdepan situasi satu lawan satu, namun rembatan derasnya diselamatkan penjaga gol JDT, Ahmad Syihan Hazmi.

Selang 15 minit kemudian, nasib tidak menyebelahi tuan rumah apabila percubaan pemain sama sekadar menggegar tiang gol.

Kelekaan benteng pertahanan Kuching City akhirnya dihukum pada minit ke-36 apabila penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva merembat masuk bola ke penjuru gawang tuan rumah.

Memasuki babak kedua, juara bertahan itu terus menunjukkan taring apabila Bergson sekali lagi mencetak nama pada minit ke-50, kali ini selepas menerima umpanan cantik dan tidak dikawal pertahanan lawan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Ketinggalan dua gol tidak mematahkan semangat anak buah Aidil Sharin Sahak yang menggandakan usaha mencari gol penyelamat.

Usaha gigih tuan rumah akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-69 apabila Petrus Shitembi menolak masuk bola muntah hasil percubaan Ramadhan Saifullah, sekali gus menghidupkan peluang Kuching City menjelang aksi timbal balik.

Kedua-dua pasukan akan membuat perhitungan pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim pada 30 November depan.

Dua gol Bergson beri kelebihan tipis buat JDT


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker