Budak 9 tahun dapat hadiah kereta Lamborghini

Budak 9 tahun dapat hadiah kereta Lamborghini

Budak 9 tahun dapat hadiah kereta Lamborghini
Tangkap layar video menunjukkan kanak-kanak itu menerima kereta Lamborghini di Hotel Four Points semalam. – TikTok

JAKARTA – Seorang pengusaha muda di Makassar, wilayah Sulawesi Selatan mengundang perhatian ramai kerana memberikan  anaknya kereta mewah Lamborghini sebagai hadiah ulang tahun yang ke-9, lapor portal berita Lambe Turah.

Majlis hari jadi itu berlangsung di Hotel Four Points semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @lambeturah_official menunjukkan kanak-kanak itu menerima kereta Lamborghini yang dihiasi reben dan berpuluh-puluh belon.

Majlis itu bukan sahaja diadakan secara mewah, malah sarat dengan kehadiran tetamu.

Difahamkan, kanak-kanak bernama Qansa Alrifaat itu merupakan anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TRk Holding, H Najmuddin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Saya umur 9 tahun diajak makan mi ayam,” kata seorang netizen.

“Jangan dengki, mereka tidak guna duit rakyat,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Budak 9 tahun dapat hadiah kereta Lamborghini

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker