Bezzecchi juara GP Portugal, kemenangan kedua musim ini
Bezzecchi juara GP Portugal, kemenangan kedua musim ini

Portimao: Marco Bezzecchi dari pasukan Aprilia meraih kemenangan bergaya dari mula hingga tamat di Grand Prix (GP) Portugal, hari ini.
Ia adalah kemenangan keduanya musim ini dan mengukuhkan cengkamannya di tempat ketiga kejuaraan dengan hanya berbaki satu pusingan.
Pelumba yang bermula dari petak utama itu menebus prestasi hambar pada perlumbaan pecut, semalam apabila sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga, dengan menguasai perlumbaan dari awal hingga akhir di hadapan Alex Marquez dari pasukan Gresini Racing dan Pedro Acosta dari KTM.
Bezzecchi menunjukkan dominasi jelas apabila menamatkan perlumbaan lebih 2.5 saat di hadapan Marquez untuk menjadi pemenang keenam berbeza dalam enam perlumbaan MotoGP terakhir, manakala Acosta yang mempamerkan kelajuan tinggi di penghujung perlumbaan mengekori rapat rakan senegaranya itu sebelum berpuas hati di tempat ketiga.
Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia yang bersaing dengan Bezzecchi untuk tempat ketiga dalam kejuaraan di belakang juara Marc Marquez dan naib juara, Alex, terbabas ketika berada di tempat keempat dan kini ketinggalan 35 mata menjelang pusingan terakhir di Valencia.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Ia perlumbaan yang menakjubkan bagi saya. Pagi tadi saya berasa lebih baik dan malam tadi kami bekerja keras di garaj untuk mencari langkah terakhir yang kami terlepas,” kata Bezzecchi.
“Saya sangat bimbang dengan Pedro dan Alex kerana semalam mereka sangat laju, tetapi saya sangat bermotivasi untuk cuba menang.
“Saya sangat gembira, amat penting untuk kembali ke tangga teratas podium.”
Seperti dalam perlumbaan pecut, Bezzecchi terus memimpin ke selekoh pertama di hadapan Acosta, manakala Marquez naik dari tempat kelima ke tempat ketiga, sebelum pelumba Gresini Racing itu menggunakan kelebihan angin slipstream KTM di awal pusingan kedua untuk naik ke tempat kedua.
Namun tidak seperti perlumbaan pecut, tiada pertarungan sengit kali ini apabila Bezzecchi dan Marquez mula meninggalkan pesaing lain.
Tidak lama kemudian, ketiga-tiga pelumba itu dipisahkan hampir dua saat pada separuh perlumbaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Bagnaia berada di tempat keempat apabila pelumba Ducati itu tiba-tiba terbabas, menandakan penarikan diri keempat berturut-turut pada hari Ahad dan kali pertama perkara itu berlaku kepada juara dua kali itu sejak musim rookie-nya di MotoGP pada 2019.
Ketika perlumbaan berbaki lima pusingan, Marquez tidak menunjukkan tanda mampu mengejar Bezzecchi, yang mendahului hampir empat saat sebelum pelumba Itali itu memperlahankan jentera bagi menjimatkan tayar hingga ke garisan penamat.
Acosta kembali mempertingkat rentak di penghujung perlumbaan, tetapi Marquez bertindak balas terhadap asakan pelumba muda senegaranya itu untuk mempertahankan tempat kedua.
“Kami kekurangan banyak kelajuan dan cengkaman pada awal perlumbaan,” kata Acosta.
“Tidak kira bagaimana kami cuba menjaga tayar, jika kami sudah kekurangan di awal perlumbaan, kami tetap akan ketinggalan.”
Perlumbaan itu menjadi detik perpisahan penuh emosi buat Miguel Oliveira di tanah air sendiri, apabila pelumba Portugal itu bakal beralih ke Kejuaraan Superbike Dunia selepas 15 tahun beraksi dalam Moto3, Moto2 dan MotoGP.
Pusingan terakhir musim ini ialah GP Valencia, hujung minggu depan.
Bezzecchi juara GP Portugal, kemenangan kedua musim ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.