Belasah Liverpool hadiah paling bermakna City buat Guardiola

Belasah Liverpool hadiah paling bermakna City buat Guardiola

Belasah Liverpool hadiah paling bermakna City buat Guardiola
GAYA Doku meraikan jaringan ketiga City bersama Nico O’Reilly. FOTO Reuters

Manchester: Manchester City menghadiahkan kemenangan berharga buat Pep Guardiola dalam perlawanan ke-1,000 selaku pengurus dengan menewaskan juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool 3-0, awal pagi tadi

Gol separuh masa pertama oleh Erling Haaland dan Nico Gonzalez serta jaringan hebat Jeremy Doku selepas rehat melengkapkan persembahan mantap City menentang pasukan Liverpool yang hambar.

Keputusan itu bukan sahaja membolehkan City yang di tangga kedua merapatkan jurang dengan pendahulu Arsenal kepada empat mata, tetapi juga menunjukkan skuad Guardiola kini semakin berkembang menjadi pencabar kejuaraan yang serius selepas musim lalu mereka kehilangan gelaran kepada Liverpool.

Terdahulu, Aston Villa membelasah Bournemouth 4-0 untuk naik ke tangga keenam dalam kelompok teratas liga yang sengit, di mana hanya empat mata memisahkan pasukan di tempat ketiga, Chelsea, dan pasukan di tempat ke-12, Brentford.

Prestasi domestik Newcastle United terus merudum apabila mereka tewas 1-3 di tangan Brentford, dalam perlawanan menyaksikan mereka menamatkan permainan dengan 10 orang selepas Dan Burn dilayangkan kad merah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Nottingham Forest menamatkan rentetan tanpa kemenangan dalam EPL yang berlanjutan sejak minggu pertama musim ini apabila mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Leeds United 3-1 di Stadium City Ground.

Crystal Palace dan Brighton & Hove Albion pula terikat 0-0 dalam aksi hambar di Selhurst Park.

Jaringan penyamaan lewat oleh Sunderland ketika seri 2-2 menentang Arsenal kelmarin memberi peluang kepada City dan Liverpool untuk mula memberi tekanan kepada pasukan Mikel Arteta dan

City tidak mensia-siakan peluang itu apabila mereka menundukkan Liverpool, yang kini sudah tewas lima kali dalam liga musim ini.

Haaland gagal menyempurnakan sepakan penalti awal selepas diselamatkan penjaga gol Liverpool, Giorgi Mamardashvili, tetapi City tidak goyah dan akhirnya menewaskan Liverpool buat kali pertama dalam tempoh dua setengah tahun sekali gus menjadikan ia perlawanan istimewa buat Guardiola.

Haaland menebus kesilapan dengan menanduk masuk bola pada minit ke-29, dan apabila Gonzalez menjaringkan gol pada masa kecederaan babak pertama, perlawanan seolah-olah sudah berakhir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


“Pada Oktober, November, anda tidak memenangi Liga Perdana,” kata Guardiola. “Pasukan memenangi liga apabila setiap bulan mereka berkembang, dan anda boleh lihat rasa keyakinan itu meningkat. Anda akan tiba di penghujung musim dengan semangat untuk merebut kejuaraan dan saya rasa kami menuju ke arah itu.”

Liverpool sempat menyamakan kedudukan melalui Virgil van Dijk tetapi gol itu dibatalkan dan rembatan lencung Doku selepas sejam permainan mengesahkan keunggulan City.

Liverpool yang dibimbing Arne Slot sebelum ini menewaskan Real Madrid dalam Liga Juara-Juara pertengahan minggu, tetapi kali ini mereka dikecewakan di bawah hujan Manchester dan kini ketinggalan lapan mata di belakang Arsenal sekali gus menduduki tangga kelapan menjelang rehat antarabangsa.

Seperti Liverpool, Villa juga mengumpul 18 mata tetapi suasana di bawah Unai Emery jauh lebih ceria selepas mereka membelasah Bournemouth, yang turut mengumpul mata sama.

Emiliano Buendia membuka jaringan dengan sepakan percuma menarik sebelum Morgan Rogers melorongkan bola kepada Amadou Onana untuk menggandakan kedudukan sebelum rehat.

Antoine Semenyo gagal menyempurnakan penalti selepas diselamatkan Emiliano Martinez dan apabila Ross Barkley menanduk masuk gol ketiga Villa, kemenangan dalam tangan mereka sebelum Donyell Malen yang masuk sebagai pemain gantian melengkapkan pesta gol apabila menolak masuk hasil rembatan Youri Tielemans.

Newcastle mencatat kemenangan ketiga berturut-turut dalam Liga Juara-Juara pertengahan minggu, tetapi dalam EPL, prestasi mereka merudum khususnya di tempat lawan di mana mereka masih belum menang.

Mereka bermula baik apabila Harvey Barnes menjaringkan gol pendahuluan menentang Brentford, namun pasukan tuan rumah bangkit selepas rehat menerusi Kevin Schade yang menyamakan kedudukan dengan tandukan.

Keadaan bertambah buruk buat Newcastle apabila Dan Burn dilayangkan kad merah selepas mengasari Dango Ouattara dalam kotak penalti, diikuti kecederaan penjaga gol Nick Pope. Penggantinya, Aaron Ramsdale, gagal menyelamatkan sepakan penalti Igor Thiago yang kemudiannya menjaringkan gol kedua di masa kecederaan, gol kelapannya dalam liga musim ini.

Brentford kini naik ke tangga ke-12 dengan 16 mata, manakala Newcastle tewas kali kelima musim ini dan berada di tangga ke-14 dengan 12 mata.

Sean Dyche pula menikmati kemenangan pertamanya di EPL bersama Forest sejak menggantikan Ange Postecoglou, apabila pasukannya bangkit selepas ketinggalan untuk menundukkan Leeds.

Lukas Nmecha membuka jaringan untuk Leeds pada minit ke-13, tetapi Ibrahima Sangare segera menyamakan kedudukan. Kapten Morgan Gibbs-White menanduk masuk gol kedua Forest sebelum Elliot Anderson menyempurnakan penalti lewat permainan untuk memastikan kemenangan.

Forest kekal di tangga ke-19 dengan sembilan mata, hanya satu mata di belakang Burnley di tangga ke-17.

Crystal Palace yang kehilangan kapten Marc Guehi kerana kecederaan terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri menentang musuh ketat Brighton yang meletakkan kedua-dua pasukan masing-masing di tangga ke-10 dan ke-11.

Belasah Liverpool hadiah paling bermakna City buat Guardiola

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker