398 individu ditahan dalam Op Noda seluruh negara
398 individu ditahan dalam Op Noda seluruh negara

Kuala Lumpur: Seramai 398 individu ditahan dalam operasi bersepadu Op Noda yang dilaksanakan serentak di seluruh negara pada 7 dan 8 November lalu, yang memberi tumpuan terhadap premis pusat hiburan tanpa lesen.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar, berkata operasi membabitkan Bahagian Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) JSJ Bukit Aman bersama JSJ kontinjen termasuk pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM)
“Dalam operasi ini, sebanyak 118 premis pusat hiburan diperiksa dan 103 daripadanya didapati tidak mempunyai lesen sah.
“Tangkapan membabitkan lima pemilik premis, tiga pengurus, 150 pekerja, 112 pelanggan dan 128 pelayan pelanggan atau GRO warga asing.
“Daripada jumlah terbabit, 87 adalah rakyat tempatan iaitu 76 lelaki dan 11 wanita manakala 311 lagi adalah warga asing iaitu 151 lelaki dan 160 wanita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Beliau berkata, kesemua individu yang ditahan berusia antara 19 hingga 55 tahun dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah berdekatan untuk proses dokumentasi serta siasatan lanjut.
Katanya, kesalahan yang disiasat termasuk Seksyen 76 Akta Eksais 1976 kerana menjual arak tanpa lesen yang boleh dikenakan denda maksimum RM50,000.
“Bagi mereka yang tinggal di Malaysia selepas pas atau permit tamat tempoh disiasat mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dengan denda minimum RM10,000 atau penjara sehingga 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
“Selain itu, warga asing yang masuk dan berada tanpa pas atau permit sah disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 dengan denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya dan boleh dikenakan maksimum enam sebatan,” katanya.
Kumar berkata, bagi Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63 diperuntukkan bagi kesalahan mereka yang menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan denda RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksimum 12 bulan atau kedua-duanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Bagi mereka yang melanggar syarat pas atau permit akan disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dengan denda maksimum RM1,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya serta enakmen atau ordinan hiburan negeri bagi premis hiburan tanpa lesen,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, beliau menegaskan operasi seumpama ini akan terus dipergiatkan bagi memastikan semua pusat hiburan di negara ini beroperasi mengikut syarat lesen dan didaftarkan.
“Orang ramai digesa menyalurkan maklumat bagi membantu pihak berkuasa membanteras kegiatan ini,” katanya.
398 individu ditahan dalam Op Noda seluruh negara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.