Rumah dihuni 10 hantu sudah dapat tawaran untuk dibeli lebih RM4 juta

Rumah dihuni 10 hantu sudah dapat tawaran untuk dibeli lebih RM4 juta

Rumah dihuni 10 hantu sudah dapat tawaran untuk dibeli lebih RM4 juta
RUMAH yang dipercayai dihuni 10 hantu. – Foto realestate,com.au

SYDNEY – Rumah digelar paling berhantu di Australia kini berada di pasaran untuk pembeli yang percaya bahawa mereka cukup berani untuk berhadapan dengan pelbagai kisah menyeramkan, lapor portal berita MailOnline hari ini.

Monte Cristo yang terletak di bandar Junee, negeri New South Wales, menjadi subjek kepada pelbagai cerita dan legenda sepanjang sejarahnya selama 140 tahun.

Rumah agam berhantu itu merupakan salah satu hartanah paling terkenal di kawasan Riverina dan telah beroperasi sebagai muzium serta tarikan pelancongan dengan lawatan tetap termasuk penginapan semalaman.

Olive Ryan yang tinggal di rumah besar itu selama 50 tahun, memberitahu program televisyen The Project pada tahun 2015 bahawa dia pernah merasakan kehadiran pemilik asal rumah tersebut.

‘Roh’ Christopher dan Elizabeth Crawley dipercayai menghantui rumah itu sejak kematian mereka pada tahun 1910 dan 1933.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


“Saya juga pernah dengar nama saya dipanggil ketika berada di sini seorang diri. Tidak pelik untuk mendengar bunyi tapak kaki di balkoni dan apabila saya keluar untuk memeriksa, tiada sesiapa pun di sana,” kata Ryan.

Walaupun hanya disenaraikan selama empat hari, pihak yang berminat telah pun membuat tawaran melebihi AUD$1.6 juta (RM4.33 juta) untuk membelinya.

Kempen untuk membelinya akan ditutup pada 12 Disember ini. – AGENSI

Rumah dihuni 10 hantu sudah dapat tawaran untuk dibeli lebih RM4 juta

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker