Man United terlalu selesa – Amorim
Man United terlalu selesa – Amorim

London: Ruben Amorim mendakwa pemain Manchester United terlalu selesa sebelum Tottenham Hotspur bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat keputusan seri 2-2, dengan pengendali itu menyifatkan keputusan itu sebagai dua mata yang terlepas walaupun pasukannya berjaya menjaringkan gol penyamaan pada saat akhir.
Bryan Mbuemo meletakkan United di depan menerusi tandukan pada separuh masa pertama dan kelihatan membuka jalan untuk kemenangan keempat dalam lima perlawanan serta menduduki tempat kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) buat seketika.
Namun Spurs menyamakan kedudukan enam minit sebelum tamat permainan, dan Richarlison menambah jaringan pada masa kecederaan sebelum Matthijs de Ligt memastikan satu mata buat United menerusi gol pada minit ke-96.
Amorim bagaimanapun tidak berminat meraikan penamat dramatik itu dan menegaskan pasukannya sepatutnya dapat menamatkan perlawanan dengan lebih baik, terutama selepas mereka juga kehilangan kelebihan dalam keputusan seri 2-2 menentang Nottingham Forest, minggu lalu.
“Kami ada banyak masalah,” katanya kepada wartawan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Kami baru di peringkat permulaan. Saya tahu keputusan kadang-kadang buat orang nampak seolah-olah kami sedang meningkat… tetapi sebenarnya masih banyak perlu diperbaiki.
“Untuk bangkit dan menjaringkan gol memang sesuatu yang baik.
“Tetapi jika lihat keseluruhan permainan, kami terlalu selesa dan sepatutnya lebih agresif, memahami suasana stadium, bahawa tiga mata sudah hampir, ruang pun terbuka.
“Kami perlu sedar dalam satu gerakan sahaja, apa-apa boleh berlaku dan mengubah mood stadium. Itulah yang terjadi hari ini,” kata Amorim.
Penyerang Benjamin Sesko, yang dibeli musim panas ini dengan bayaran awal 76.5 juta euro (RM369 juta), bermula di bangku simpanan selepas dikritik susulan hanya dua gol dalam 11 penampilan terakhirnya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Pemain Slovenia itu dinafikan peluang mengembalikan kelebihan United ketika kedudukan 1-1 selepas halangan saat akhir daripada Micky van de Ven yang kelihatan menyebabkan sedikit kecederaan.
Amorim menegaskan beliau tidak risau dengan prestasi Sesko, tetapi bimbang kecederaan lutut yang dialami pemain itu mungkin menyebabkan dia terpaksa berehat panjang.
“Saya lebih bimbang mengenai kecederaan kerana ia di bahagian lutut dan saya belum pasti tahapnya dan kami perlukan Ben untuk menjadi pasukan yang lebih baik,” katanya.
Man United terlalu selesa – Amorim
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.