Djokovic rangkul gelaran ke-101
Djokovic rangkul gelaran ke-101

Paris: Novak Djokovic merangkul gelaran ke-101 dalam kariernya selepas bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Lorenzo Musetti 4-6, 6-3, 7-5 pada final kejohanan ATP di Athens, hari ini.
Pemain Serbia itu kini menjadi antara tiga pemain lelaki dalam sejarah yang berjaya mengumpul lebih 100 gelaran.
Dia masih memerlukan dua lagi gelaran untuk menyamai rekod Roger Federer (103), manakala Jimmy Connors kekal mendahului dengan 109 gelaran.
Pada usia 38 tahun lima bulan, juara Grand Slam 24 kali itu juga menjadi pemenang kejohanan tertua sejak bintang Australia, Ken Rosewall, yang menjuarai kejohanan di Hong Kong di usia 43 tahun pada 1977.
“Ia satu pertarungan yang luar biasa… tiga jam perlawanan yang benar-benar menguji fizikal.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
“Perlawanan ini boleh dimenangi oleh sesiapa sahaja, jadi tahniah kepada Lorenzo atas persembahan hebatnya. Saya sangat bangga dengan diri sendiri kerana berjaya menamatkannya dengan kemenangan,” kata Djokovic.
Ia adalah gelaran kedua Djokovic bagi musim 2025 selepas memenangi kejohanan di gelanggang tanah liat Geneva pada Mei lalu.
“Novak, tiada banyak kata yang boleh diucapkan mengenai anda dan karier anda,” kata Musetti, yang kini mencatat rekod 1-9 menentang Djokovic.
“Pada usia sebegini, anda masih membuktikan bahawa anda mampu ‘mengajar’ kami di gelanggang, seperti yang anda lakukan kepada saya hari ini. Setiap kali saya beraksi menentang anda, saya anggap ia sebagai satu pelajaran, jadi terima kasih atas,” kata Musetti lagi.
Musetti sebenarnya perlu menjuarai kejohanan itu untuk menempah tempat terakhir ke Final ATP minggu depan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
Kekalahan itu bagaimanapun memberikan kelebihan kepada Felix Auger-Aliassime untuk beraksi di Turin, namun penarikan diri Djokovic selepas itu membuka laluan buat Musetti juga layak menyertai kejohanan berkenaan.
Djokovic rangkul gelaran ke-101
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.