De Ligt selamatkan United
De Ligt selamatkan United

London: Matthijs de Ligt muncul wira di penghujung perlawanan apabila tandukannya pada minit ke-96 menyelamatkan Manchester United daripada kekalahan, sekali gus mengikat Tottenham Hotspur 2-2 dalam aksi dramatik Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi.
Aksi penuh mendebarkan di Stadium Tottenham Hotspur itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan pada penghujung permainan apabila Mathys Tel menyamakan kedudukan sebelum Richarlison meledak gol yang disangka gol kemenangan pada minit ke-91.
Namun, kegembiraan penyokong tuan rumah tidak bertahan lama apabila De Ligt, bek tengah Belanda itu, menanduk masuk hantaran sepakan penjuru Bruno Fernandes pada masa kecederaan untuk memastikan United kekal tanpa kalah dalam lima perlawanan berturut-turut.
Keputusan seri itu menyaksikan kedua-dua pasukan kini berkongsi 18 mata daripada 11 perlawanan, namun perbezaan jaringan meletakkan Spurs di tangga ketiga, manakala United di kedudukan ketujuh.
Bagi Tottenham, keputusan itu menambah kekecewaan selepas gagal menamatkan kemarau kemenangan di laman sendiri sejak minggu pembukaan musim ini, walaupun pernah mendahului pada masa tambahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Sebelum itu, pemain sayap Cameroon, Bryan Mbeumo, membuka jaringan buat United menerusi tandukan hasil hantaran Amad Diallo pada minit ke-32.
Gol itu menambah koleksi Mbeumo kepada empat gol dalam empat perlawanan terakhir, sekali gus membuktikan nilai perpindahannya bernilai £65 juta dari Brentford berbaloi.
Biarpun kehilangan dua mata pada minit akhir, Amorim tetap menegaskan prestasi pasukannya semakin stabil dan konsisten, sementara Tottenham pula masih mencari kemenangan pertama di laman sendiri selepas kemenangan sulung pada Ogos lalu.
De Ligt selamatkan United
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan
You must be logged in to post a comment.