Chelsea ‘ajar’ Wolves, diamkan mulut pengkritik
Chelsea ‘ajar’ Wolves, diamkan mulut pengkritik

London: Chelsea menepis kritikan sistem penggiliran pemain dilakukan Enzo Maresca selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Wolves, awal pagi tadi, yang turut menyaksikan jaringan pertama dalam karier Malo Gusto.
Bekas bintang Manchester United, Wayne Rooney sebelum ini berkata, pemain senior Chelsea sepatutnya ‘mempertikaikan’ pemilihan Maresca selepas jurulatih Itali itu membuat tujuh pertukaran pemain ketika seri 2-2 menentang kelab kerdil Azerbaijan, Qarabag dalam saingan Liga Juara-Juara.
Selepas mempertahankan keputusannya dengan menyatakan tuntutan fizikal terhadap pemain kini jauh lebih tinggi, Maresca sekali lagi membuat lapan pertukaran dalam kesebelasan utama di Stamford Bridge.
Ia adalah perlawanan keenam berturut-turut di mana Maresca melakukan tujuh atau lebih perubahan, dan kali ini langkah itu membuahkan hasil apabila Chelsea mempamerkan aksi lebih baik pada separuh masa kedua untuk naik ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).
Pertahanan Perancis, Gusto yang menyertai Chelsea dari Lyon pada 2023, meletakkan pasukannya di depan selepas rehat dengan jaringan profesional pertamanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Joao Pedro menggandakan kelebihan, sebelum Pedro Neto memastikan kemenangan keempat Chelsea dalam lima perlawanan liga terakhir mereka, sekali gus merapatkan jurang kepada enam mata di belakang pendahulu, Arsenal.
Walaupun kedudukan mereka dijangka turun selepas Manchester City menentang Liverpool, tengah malam ini, Maresca pastinya lega selepas berjaya menutup mulut pengkritik menjelang rehat antarabangsa.
“Ia cuma bunyi bising dari luar. Di dalam pasukan, kami yakin bahawa sebagai kelab dan pasukan, kami sedang bergerak ke arah yang betul dan melakukan perkara yang baik.
“Kami bermain dengan baik. Saya fikir satu-satunya perbezaan antara separuh masa pertama dan kedua ialah kami menjaringkan gol pada babak kedua, sesuatu yang kami gagal lakukan sebelum rehat,” kata Maresca.
Mengenai isu penggiliran pemain, beliau menambah: “Itu sebahagian daripada tugas saya, sebahagian daripada permainan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Akhirnya apabila anda tidak menang, akan timbul masalah, tetapi apabila anda menang, semuanya kelihatan baik.”
Wolves yang kini menghuni tangga tercorot liga, dibimbing oleh jurulatih akademi, James Collins dan Richard Walker selepas pemecatan Vitor Pereira minggu lalu, kini ketinggalan lapan mata daripada zon selamat selepas mengalami kekalahan kesembilan dalam 11 perlawanan liga.
Chelsea ‘ajar’ Wolves, diamkan mulut pengkritik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.