Brobbey ranapkan rentak kemenangan Arsenal

Brobbey ranapkan rentak kemenangan Arsenal

Brobbey ranapkan rentak kemenangan Arsenal
BRIAN Brobbey menjaringkan gol penyamaan untuk Sunderland. FOTO REUTERS

Sunderland: Rekod kemenangan 10 perlawanan Arsenal dalam semua kejohanan berakhir selepas jaringan penyamaan pada masa kecederaan oleh Brian Brobbey memastikan Sunderland meraih keputusan seri 2-2, awal pagi tadi.

Skuad The Gunners sebelum ini tidak dibolosi dalam lapan perlawanan berturut-turut, namun kali ini hanya mampu menjarakkan kedudukan mereka di tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada tujuh mata mengatasi Manchester City, yang akan menentang Liverpool, tengah malam ini.

Dan Ballard menamatkan rekod tanpa bolos Arsenal sejak 28 September apabila meletakkan Sunderland di depan.

Kemenangan sepatutnya meletakkan pasukan yang baru dinaikkan pangkat itu di tangga kedua, namun dua penyudah bertenaga daripada Bukayo Saka dan Leandro Trossard mengubah kedudukan untuk anak buah Mikel Arteta pada separuh masa kedua.

Namun Arsenal gagal menutup perlawanan dengan tiga mata penuh apabila Brobbey menewaskan pertahanan kental Gabriel Magalhaes sebelum menyambar hantaran Ballard untuk menjaringkan gol penyamaan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Lagi Alasan Muhyiddin Kali Ini


Kehilangan dua mata itu memberi suntikan moral kepada pencabar kejuaraan menjelang pertembungan penting di Etihad, tengah malam ini.

City dan Liverpool yang mendominasi saingan bola sepak England sepanjang dekad lalu pasti teruja melihat tanda-tanda kelemahan yang mula muncul dalam pasukan Arsenal.

“Kami bolos dua gol yang hampir sama, dan itu tidak cukup baik bagi kami.

“Namun benar, pasukan mempamerkan semangat juang dan keberanian luar biasa untuk bangkit, menyamakan kedudukan, kemudian menjaringkan gol kedua yang kami usahakan. Malah selepas dibolosi semula, kami masih ada peluang besar untuk menang.

“Saya hanya boleh berasa bangga dengan pasukan ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?


Sunderland turun tanpa kalah di Stadium of Light sejak kembali ke saingan utama dan pendekatan fizikal mereka nyata mengganggu rentak pelawat.

Bekas kapten Arsenal, Granit Xhaka jelas menikmati cabaran mengekang rentak bekas kelabnya itu.

Pendahulu liga itu banyak bergantung kepada kekuatan sepakan percuma dan bola mati untuk menempatkan diri sebagai calon juara liga pertama mereka selepas 22 tahun.

“Ia suntikan semangat yang besar apabila kami mampu menyaingi pasukan hebat, mungkin antara yang terbaik di Eropah ketika ini.

“Tetapi ini hanya satu mata dan kami masih ada banyak kerja perlu dilakukan untuk memastikan kami kekal dalam liga musim ini,” kata Ballard, yang memulakan kariernya di Arsenal.

Brobbey ranapkan rentak kemenangan Arsenal

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berlaku Adil Dalam Membuat Kritikan

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker