Suami maut motosikal langgar lori selepas berpatah balik ambil susu anak yang tertinggal – Isteri
Suami maut motosikal langgar lori selepas berpatah balik ambil susu anak yang tertinggal – Isteri

KUALA LUMPUR: “Suami saya sebenarnya dah balik awal tapi disebabkan susu anak tertinggal di tempat kerja, dia patah balik ambil susu itu,” luah Nur Mas Idayu Buyung, 28, yang kehilangan suaminya, Muhammad Amir Mohd Alowi, 28, dalam kemalangan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) arah Kepong ke Batu Caves, malam tadi.
Dalam perkongsian di aplikasi Threads, wanita itu berkata, sebelum kejadian, suaminya yang bekerja sebagai Polis Bantuan di Besraya, meminta supaya dia memasak sotong goreng kunyit untuk makan malam, namun tidak sempat menjamahnya kerana terbabit dalam nahas semasa pulang dari tempat kerja.

“Rupa-rupanya suami saya tak makan sebab dia syahid waktu balik kerja. Suami saya sebenarnya dah balik awal, disebabkan susu anak tertinggal di tempat kerja, jadi patah balik ambil susu anak,” katanya.
Katanya, suaminya meninggal dunia di lokasi kejadian dengan wajah tenang seolah-olah sedang tidur, malah barang dan pakaiannya turut dipenuhi tumpahan susu anak.
“Sedekahkan al-Fatihah buat suami saya tau. Suami saya meninggal di tempat kejadian. Muka dan badan suami penuh dengan tumpahan susu anak. Alhamdulillah suami saya kemalangan tapi keadaannya sempurna seperti tidur,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kemalangan berlaku kira-kira jam 8.20 malam membabitkan motosikal jenis Honda RS150 dan lori jenis Nissan Tipper.
“Lori berkenaan berhenti di bahu kiri jalan kerana mengalami masalah mekanikal sebelum motosikal mangsa dipercayai melanggar besi gandar di bahagian belakang kenderaan itu.
“Penunggang motosikal, seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian badan. Pemandu lori berusia 39 tahun tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mohd Zamzuri berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu dengan cuai atau berbahaya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
“Polis menasihati semua pengguna jalan raya supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan serta mengelak berhenti di laluan yang boleh membahayakan pengguna lain.
“Saksi yang melihat kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Inspektor Muhammad Razif Jamaluddin di talian 019-4482852 atau Balai Polis Trafik Kuala Lumpur di 03-2071 9999,” katanya.
Suami maut motosikal langgar lori selepas berpatah balik ambil susu anak yang tertinggal – Isteri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.