Perlawanan Villa-Maccabi dikawal 700 anggota polis elak insiden
Perlawanan Villa-Maccabi dikawal 700 anggota polis elak insiden

Birmingham: Polis United Kingdom (UK) menahan enam individu ketika perlawanan tegang membabitkan Maccabi Tel Aviv dan Aston Villa berlangsung dengan aman di bawah kawalan keselamatan ketat di Birmingham, awal pagi tadi.
Lebih 700 anggota polis dikerahkan di seluruh bandar di wilayah tengah England itu ketika penyokong pro-Palestin dan pro-Israel mengadakan tunjuk perasaan berasingan di luar Stadium Villa Park menjelang sepak mula.
Villa sebelum ini mengumumkan bulan lalu bahawa penyokong Maccabi tidak dibenarkan menghadiri perlawanan Liga Europa UEFA selepas penilaian risiko keselamatan dijalankan oleh pihak polis.
Keputusan itu mencetuskan kritikan termasuk daripada Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, yang berusaha untuk menarik balik larangan berkenaan, namun kelab Israel itu kemudian memaklumkan mereka akan menolak tiket untuk penyokongnya atas alasan keselamatan.
Kira-kira 200 penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun berhampiran tempat duduk Trinity Road di stadium berkenaan sambil melaungkan slogan “Bebaskan Palestin” serta membawa sepanduk menyeru boikot terhadap Israel dan penggantungannya daripada bola sepak antarabangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS Lupa Diri Atau PPBM Tak Sedar Diri
- Sekali Lagi Ahmad Terrirudin Terlepas
- Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
Sementara itu, beberapa dozen penunjuk perasaan pro-Israel berkumpul di bahagian lain stadium sambil mengibarkan bendera Israel dan membawa poster bertulis “Hentikan Anti-Semitisme Dalam Bola Sepak” sebelum mereka diiring keluar oleh polis.
“Saya boleh katakan bahawa kami tidak mempunyai niat lain selain datang meraikan kehadiran pasukan kami di pentas terbesar dunia, iaitu bola sepak England,” kata penyokong Maccabi, Itai Gal, kepada AFP.
“Itulah yang kami mahu lakukan hari ini, dan amat menyedihkan apabila peluang itu dirampas daripada kami,” kata penduduk London berusia 44 tahun itu.
Birmingham, bandar kedua terbesar di UK yang mempunyai populasi besar masyarakat Islam, menjadi lokasi kepada siri perhimpunan pro-Palestin sejak dua tahun lalu.
Pihak polis mengklasifikasikan perlawanan kali ini sebagai “berisiko tinggi” susulan “insiden pertembungan ganas dan kesalahan jenayah kebencian” yang berlaku dalam saingan Liga Europa di Amsterdam antara Maccabi dan pasukan tempatan Ajax pada November tahun lalu.
Perlawanan Villa-Maccabi dikawal 700 anggota polis elak insiden
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.