Pekerja bergaji bawah RM1,550 naik MRT, LRT percuma
Pekerja bergaji bawah RM1,550 naik MRT, LRT percuma

JAKARTA – Semua pekerja swasta yang menerima gaji di bawah 6.2 juta rupiah (RM1,550) sebulan layak menikmati perkhidmatan pengangkutan awam percuma di Jakarta, lapor laman berita Okezone hari ini.
Mereka layak untuk menaiki bas Transjakarta, tren Transit Laju Massa (MRT) Jakarta dan Transit Aliran Ringan (LRT) di ibu negara Indonesia itu.
Kelayakan itu termaktub dalam Peraturan Gabenor Nombor 33 Tahun 2025 mengenai Perkhidmatan Pengangkutan Awam Massa bagi Kumpulan Tertentu untuk pekerja swasta yang menerima gaji di bawah 6.2 juta rupiah sebulan di Jakarta.
Ketua Jabatan Pengangkutan Jakarta, Syafrin Liputo berkata, proses pendaftaran dan pengesahan akan dijalankan secara berkala bagi memastikan subsidi disalurkan kepada pihak yang layak.
“Tempoh kelayakan adalah sepanjang pekerja tersebut tersenarai sebagai pemegang Kad Pekerja Jakarta.
“Namun, kemas kini data akan dilakukan setiap enam bulan bagi memastikan subsidi diberikan kepada penerima yang layak,” katanya. – AGENSI
Pekerja bergaji bawah RM1,550 naik MRT, LRT percuma
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kembalikan Sepenuhnya Kuasa Mendidik Kepada Cikgu Sekolah
- Misi Global Sumud Flotilla Gagal?
- Mampukah Anwar Membawa Malaysia Keluar Dari Masalah Kemelut Fiskal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.